Friday 24 December 2010

Adab Menguap !

1.Tahan Menguap sekadar termampu :


     "Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a Nabi Muhammad SAW bersabda : sesungguhnya Allah Taala suka orang yang bersin dan membenci orang yang menguap.Maka apabila seseorang kamu bersin,lalu dia mengucapkan 'alhamdulilah',maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallah'.Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.Maka apabila seseorang kamu menguap,hendaklah dia menahannya sekadar termampu.Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,syaitan akan mentertawakannya"

2.Letak tangan di atas mulut :


  "Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri r.a,Rasullulah SAW bersabda :"Apabila seseorang kamu menguap,hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya,kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk(melalui mulut yang terbuka)"


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?