Wednesday 21 September 2016

Cold kitchen Time!

Assalamualaikum semua? Lama sungguh aku menyepi ahaks, sorry gaisss sorry. Okay aku nak cita pasal COLD KITCHEN pulak. Sebelum aku cerita meh click sini.Ada offer untuk DOMINOS lovers! Okay kalau kau takda basic knowledge pasal cold kitchen. Apa yang korang faham pasal cold kitchen? Haaa cepat habaq mai kat aku. . . . Okay la mesti korang akan fikir korang akan duduk dlam satu tempat yang sejuk. Kitchen yang sejuk. And yes that's wht i thought masa awl2 belajar kat UITM. Tapi bila dah masuk and rase bahagian hotel. Kau silap. Hahah kalau hotel bayview dia ada cold kitchen tapi dia tak se "cold" yang kau rasa. Biasalah kitchen, u know la wht i mean.
.
.
Okay kat cold kitchen apa yang aku belajar masa internship. Siapa cakap cold kitchen kau takleh belajar banyak? Kau silap ok! Nampak je senang tapi rumit jugak. 
.
Cold kitchen, kau akan belajar pasal cold dessert. For example. Pelbagai buah ( mesti korang ingat, ala kacang je potong buah je kot?, macam biasala potong? ) Ah kau silap, biasanya setiap hotel mesti ada cara tertentu nak potong buah. Nak bagi standardized untuk setiap potongan tu. Supaya takda yang cacat. Yang nipis la, tebal la. Haaa benda ni kau kena belajar dengan CDP Cold kitchen. Aku awal2 masuk cold kitchen memang kena perli la potong buah pon tak betul. Sabar jela kau yer
.
Selain buah, cold kitchen jugak tempat buat salad. Fresh salad, mixed salad, fruits salad. Biasanya kalau ada event, CDP dah siapkan semuanya, kau takpayah handle da. Tinggal setting je nohh. Hihi tapi kalau kau nak expand kau punya skill kau mintak tolong la dengan CDP, Cakap kau nak belajar benda2 tu haa.
.
Selain salad, ada lagi cold kitchen jugak tempat nak buat juice. Segala juice, biasanya apple, orange, nenas, apa lagi ek lupa dah. Senang je buat juice ni, guna la mesin apa susah 😂
.
Awal-awal aku intern takut gila nak masuk Cold kitchen, sebab apa? CDP diaa garang, suka marah2. Mana tak takut aku. Tapi bila dah masuk, okay jee. Kau kena pandai la, jangan tunjuk yang kau ni tak pandai buat kerjaa. Tunjuk yang kau ni pandai buat semua kerja. Haaa tu tips yang aku bagi. Sebab one kau nampak lemah, kau akan kena pijak. Hehehe, kau jangan diam je. Lagi kau diam lagi diorang buli kau, yela traniee kan. 
.

So here bahagian cold kitchen, aku tak dapat belajar banyak sangat sebab aku masuk cold kitchen 1 bulan je. Tup tup habis tapi best gak cold kitchen!! Rindu nak kena marah dengan CDP! 😂
.
Food counter for cold kitchen

For special event, extra menu (varieties of sandwich, rojak buah)



.
Antara pastry, cold kitchen dengan hot kitchen. Yang paling banyak barang and item jatuh kepada COLD KITCHEN 👏 
Banyak barang means banyak la item Kau kena setting, Kau kena plating, pinggan kena banyak, food penuh 1 trolley Kalau nak pi setting tu. Tak termasuk juice dispenser lagi. Haaa benda ni berat, Kalau tak kuat baik jangan angkat. Silap2 jatuh pecah, siapa nak ganti oi. Paling tak suka lepas habis event la, Kau kena clearing sorang2 Kalau Kau keja sorang, time hi-tea. Aduhh penat oi. Aku pernah rasa kerja sorang, time hi-tea, time event malam. Banyak benda kau nak kena clear. Pernah jugak satu hari, Ada hi-tea, Ada event malam. Mampos oi, hi-tea biasa habis pukul 6, event malam kena setting before 7. Tak ke menjerit Kau kat situ kerja sorang 😭
.
Tapi takpe, pengalaman kan. Cold kitchen jugak tempat buat ala-carte. Ala-carte ni biasa diorang order petang2. Macam sandwich box, Bread toast, hot chocolate, juice. Paling leceh bila guest mintak sandwich box, sebabnya kena toast dulu la bread tu. Nak masak fries dia lagi. Budak F&B dah tunggu nak pick up. Tapi relex benda boleh settle. 
.
Tapi cold kitchen Kalau time takda event memang bosan, Kalau Ada event Kau busy pulak. Haaa gitu la lumrah kerja kat cold kitchen. Tapi best tau! 
.
Okay apa lagi pasal cold kitchen yang Aku tak sebut? Kalau nak tahu pasal cold kitchen yang aku tak cita boleh comment kat bawah. Dah lama tinggal zaman intern, sebab tu lupa apa yang Aku belajar. Hehehe okay next entry hot kitchen!.  Click satu kali!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?