Sunday, 10 February 2013

10 Sebab doa manusia tidak dimakbulkan.

Greeting Text
Assalamualaikum wbt, Okay, harinie nak share pasal Sebab sebab doa kita tak dimakbulkan. Okay, contoh. Korang nak sesuatu, something like, korang nak straight A's dalam peperiksaan, first dari UPSR, korang doa "Ya Allah, aku dah usaha semampu aku Ya Allah, kau berikanlah aku 5A, aku tahu aku tak layak nak dapat 5A, tapi aku percaya dengan kekuasaan ku, bantulah aku Ya Allah, Amin Ya Rabb" Sampai masa kau tak dapat 5A tu. Then PMR, kau doa lagi, nak straight 8A's, time PMR pun kau tak dapat. Hmm? Time SPM, takdapat jugak. See? Allah tengah menguji kau. Sabar ye? Teruskan meminta kepadaNya. Okay jom! Kite tengok sebab doa kite semua tak dimakbulkan oleh Allah. Haigo! :) 

Ibrahim bin Adham pernah ditanya penduduk Basrah: "Mengapa keadaan kami tidak berubah? Bukankah Allah berjanji akan mengabulkan doa orang yang berdoa kepadaNya"
Beliau menjawab: Ada 10 perkara yang menyebabkan doa tidak diterima, iaitu:

1) Kamu kenal  Allah, tetapi kamu tidak memenuhi hak-Nya. Hak Allah ialah kewajipan untuk beribadat dan menunaikan perintah-Nya. Justeru, janganlah berharap orang yang tidak  menunaikan perintah Allah doanya akan diterima. Jangan harap k

2) Kamu banyak membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak mengamalkannya. Maksud daripada perkataan ini ialah orang terbabit mempunyai pengetahuan memgenai Al-Quran, tetapi tidak mengamalkan kandungan didalamnya atau sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai Al-Quran, dia tidak berusaha untuk memahaminya. Malah, dia memahami suatu kebaikan, tetapi sering meninggalkannya dan memahami adanya larangan tetapi melanggarnya.

3) Kamu mengaku mencintai Nabi, tetapi meninggalkan sunnahNya. Orang terbabit mengaku mencintai Nabi dan menjadikannya ikutan, namun realitinya selalu meninggalkan sunnahnya, bahkan melanggarnya.

4) Kamu mengaku menjadi musuh syaitan, tetapi kamu mengikutnya. Walaupun mengetahui syaitan itu sentiasa memujuk ke jalan kesesatan, orang terbabit gemar pula dengan berkenaan. Dia mengakui dan menjadikan syaitan sebagai musuh besarnya, tetapi dia belum mampu nengawal hawa nafsunya, malah cenderung mengikutinya.

5) Kamu memohon keselamatan daripada seksa api neraka, tetapi kamu masukkan diri kamu sendiri ke dalamnya. Sebelum berdoa dirinya belum disucikan daripada kekotoran batin. Sewaktu berdoa dia membacanya dengan tekun dan khusyuk memohon keselamatan daripada pedihnya azab neraka. Bagaimanapun, dalam kehidupan sehariannya dia tidak meninggalkan perangai buruk.

6) Kamu berdoa supaya dimasukan ke dalam syurga, tetapi kamu enggan berusaha memasukinya. Keengganan ini dalam bentuk tidak mahu menempuh jalan yang mampu menghantar mereka ke syurga iaitu melalui jalan kebaikan. Dia tidak mahu menggantikan sikap buruknya yang menjadi kebiasaan dengan sikap baik.

7) Kamu tahu kematian itu benar, tetapi kamu tidak mempersiapankan diri kamu. Kematian jalan untun bertemu Allah, tetapi mereka tidak mempersiapkan diri untul tujuan itu.

8) Kamu sibuk dengan aib orang lain, tetapi terhadap aib sendiri kamu tidak tahu memahu. Kegemaran mendedahkan aib orang lain menjadikan kamu lupa akan kekurangan diri sendiri. Hal ini memgakibatkan sifat sombong memjadi jadi. Selama di dalam hati seseorang itu masih ada sifat sombong, meskipun sebesar zarah tidak akan masuk Syurga. Begitulah kata-kata Nabi: "Nilai sombong sebesar zarah mampu mengagallan seseorang untuk masuk ke syurga. Apa lagi satu doa, sudah tentu ditolak".

9) Kamu sudah banyak menikmati nikmat TuhanMu, tetapi kamu tidak mensyukurinya. Orang terbabit lupa nikmat yang Allah bagi padanya, padahal sudah sekian lama dikurniakan kepadanya. Allah benci orang yang tak tahu nak berterima kasih. Justeru, mana mungkin Allah akan melihat orang terbabit sewaktu berdoa kepadaNya?

10) Kamu sering mengebumikan mayat, tetapi tidak memgambil iktibar daripadanya. Orang terbabit tidak banyak mengambil pengajaran daripada kematian, sehingga kesedarannya terhadap kebaikan tidak muncul. Dia tidak memgubah sikap buruknya.




P/S ; Tepuk dada tanya iman, Selamat bermuhasabah diri! Assalamualaikum wbt :)

1 comment:

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?