Friday, 23 September 2016

Hot kitchen time!

Okay marilah kita move on ke bahagian hot kitchen. Sebelum tu, bace sini, Promo untuk DOMINOS lovers! Okay apa yang korang faham pasal hot kitchen? "PANAS" dapur panass. Haaa dah betul la tu. Masa awal2 masuk intern, chef pernah briefing. Dia cakap "kat sini ada 3 bahagian, cold kitchen, pastry and hot kitchen, u can try all the division, but for now i bahagi pada 2 group (sebab aku dengan member aku 3 orang. So ada empat, dia pecah dua) chef cakap lagi, 2 bulan pastry, 2 bulan cold kitchen, buat if u wanna try hot kitchen, uols boleh bagitahu saya" something like that la Chef cakap. Aku lupa dah.
.
Hot kitchen. Aku masuk 2 minggu terakhir sebelum aku habis intern. Reason nya sebab nak tambah skill hot kitchen, walaupon 2 minggu pon. I belajar banyak kot dengan chef! Hehe 
.
First dlm hot kitchen ada egg station and roti canai station. Pegi la mana2 hotel mesti ada egg station/counter. Dlm egg station ni kau kena handle open kitchen. Which is kau kena masak depan Customer. First day masuk hot kitchen, dah kena handle masuk egg station. Mana tak mengigil aku. Tapi not bad, work well kot! Heheheh 
.
Egg station, ada omelete, sunny side up, half boiled egg and etc. Dlm egg station jugak kau kena layan guest yang vegetarian, yang tak makan tu tak makan ni. Yes beb betul, kau kena ingat every order jangan silap. Kau silap, guest complain. Benda ni awl2 kau nampak rumit, tapi once kau dah power handle. Kau dah tak nak pegi tempat lain. Nak jaga egg station je. 
.
Pernah sekali, awal2 aku buat omelete. Omelete tu kena flip. Flip kat atas pan tu. Nak taknak kau kena flip jugak, supaya dia jadi bentuk bantal. Tapi haritu aku buat tak rupa apa pon, sampai chef tegur  "aik, omellet you macam kena tsunami" 😂
.
Tapi lama2 okay dah kot! Pass la jugak!  Kata orang practice make perfectttt! Fuhh 
.
For breakfast, 10 main item biasanya hot kitchen yang prepare. Alhamdulillah tak pernah kena lagi shif tghmlm smpai pagiii. Datang kerja semua dah settel. Tinggal check air, bagi makanan panas, pastu keja refill makanan jela yer! 


Ni la tempat food untuk hot kitchen, either breakfast or lunch/dinner for private event! Kat pallet cafe, level 4. Berhadapan dengan swimming pool. 
.

Yg ni dah letak makanan. Private event dekat Carnation.
.
Masa first week masuk hot kitchen, ada jugak chef bagi peluang dekat aku masak sauce speghetti bolognese, masak asam pedas ikan pari, masak stew ayam, begedil daging, lagi apa ek banyak laa. Mengigil jugak weh, tapi gua tenang. Taktahu tanya, settel masalah. 
.
Lepas dia tahu aku buat kerja lambat, dia suruh tolong potong-potong je. Eh takda la lambat, cuma aku ni banyak tanyaa sikit, yela kena la tanya kang dia cakap mandai2 pulak. Buat tanpa arahan dia, And maybe dia rimas kot, ah peduli apa janji aku boleh belajarr! Hahaha 
.
Masuk hot kitchen, kau akan belajar  kerja dengan Exec chef. Nak kata garang takda la garang, tapi muka nampak garang dalam hati ada taman. Hahaha bila time dia serious, kau kena serious jugak. Bila time dia boleh ajak gurau, kau boleh gelak2 la dengan dia. Chef ni funny  sebenarnya, suka perli pon satu! Suka buat lawak, tapi dia tak pernah gelak pon. Dia nak kita respect diaa. Haaa itu chef. Seronok je kerja dengan dia, kena tahan dia perli laa. Haha hati yang koyak baik takyah la kerja hotel. 
.
Lagi satu, kalau hotel yang tempat aku intern ni tak boleh makan depan chef. Nak makan tu boleh tapi jangan terlalu nampak. Dalam erti kata lain, makan nyorok2 la macam pencuri. Paling best kalau Exec chef takdaa, split shif dengan sous chef. Makan la ko sampai kenyang. Hahaha sous chef jenis masuk air jugak, ngan habis dengan sous chef 😂
.
Actually hot kitchen ni, kau kena handle fizikal and mental kau la, nak berhadapan dengan api yang panas tu, buat kerja dengan cepat pantasss! Dan sebagainya, bagi aku perempuan yang kuat fizikal dan mental je boleh masuk hot kitchen. Aku masuk 2 minggu pon dah rabakk. Keja kena laju kalau tak kena perli dengan chef. "Apaaa lagii masih kat gear 3 ni, laju sikit masuk gear 5 dah pukul berapa ni" benda ni la selalu dia tekankan, buat kerja kena cepatt! Ok cheff baik, sorry chefff.
.
Ok Apa lagi pasal hot kitchen yang aku yer missed? Rasenya macam dah perfect, nak tahu lebih lagi pasal hot kitchen, yang mana traniee culinary arts try masuk hot kitchen, tebako ke tak kau bila masuk hot kitchen. Tapi best je seronok, kau dapat belajar banyak! Hehe okay nak share sikit gambar dengan Exec chef! Senyum sikit cheff! Last day dahh, takkan nak muka ketat je 😂

.
Thank you chef, sebab bagi tunjuk ajar kat saya dari first day masuk sampai lah  last day saya. Thank you jugak banyak kenalkan saya dengan bidang hotel ni! Jangan lupa saya, orang yang selalu jadi steward ni. 😂 
.
Teringat pulak time jadi steward for the whole day. Tak sentuh kitchen langsung. Aku, Farah dengan hakim. Dari pagi smpai la petang habis shift dok basuh pinggan periuk belanga semuaa. Banyak nak mampos sebab malam tu ada event, Steward takdaa, semua lari, sakit la apa la. Tahi betul. Redho jela aku 😂 kenangan tu. Sanpai orang cakap "nana kau pegi la housekeeping, tukar baju steward" Kuajo betul 😂
.
Okay sampai sini sajalah kot aku punya cerita pasal zaman internship. Masa awal2 masuk punya la hari2 dok mengeluh bila la nak habis penderitaa ini. Yela kau intern dekat hotel kot, bukan duk opis. 8 jam straight kena diri, nak duduk pon kena curi2 tau dak. So ini lah realiti kerja dekat hotel. Best tu best tapi penat. Okay laa jumpe dekat next post! Assalamualaikum!