Monday, 3 June 2013

Result.

Greeting Text

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Hi uolss, Alhamdulillah blog Nong dah berwajah baru. Wah! makin semangat nak tulis entry macamnie. Makin simple kan? Takpe lah bersederhana dalam menghias blog. Asalkan ade blog kan kan? Asal kan ade entry kan? Asalkan selalu update kan? Asal kan blog tak berat kan kan? Hihi Maaf kalau ade yang terasa. Harinie 3 Jun 2013. Nak update pasal result PSPM 2 untuk budak budak matrik. Ya Allah InsyaAllah result PSPM 2 akan keluar tak lama lagi. InsyaAllah 6 Jun nanti. Dengar cerita lah kan. Ahh nervousnya Ya Allah. Takpela redha. InsyaAllah Nong akan bersyukur dengan result yang Nong dapat nanti. Moga moga cemerlang lah walaupun tak secemerlang usaha Nong. Amin! So kat sini Nong nak share cara nak check result matrik nanti, Aaaaip! Tapi tak boleh check sekarang tau. Tunggu bila result dah official keluar.

Bagi calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Semester II, Sesi 2012/2013 dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT), Semester IV, Sesi 2012/2013 keputusan peperiksaan boleh disemak pada 5 Jun 2013  6 Jun 2013 (Khamis) mulai jam 10.00 pagi melalui kaedah di bawah:

1.LAMAN WEB.
Layari http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/keputusan_exam/

Masukkan : Login name

Masukkan : Kata Laluan (ikut arahan)

2.SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)
Taipkan

MOE MAK hantar ke 15888

Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888


Goodluck uolsss. Hah nie ade sikit doa. Harap membantu! 

 

Good Luck Matriculation student. Terutama untuk Paktikum saya. A1T3, dan wingmates saya. Dan juga untuk Semua pelajar Matrikulasi Melaka Batch 12/13. Kmm ftw! Kita dah usaha siang malam dan ber-stay up, doa pun dah. Sekarang nie tawakkal kepada Allah ye? InsyaAllah Allah mudahkan. Doakan Nong! Sekian Assalamualaikum ;-)

P/S ; Tarikh untuk kemaskini Upu fasa ke 2 seminggu dari tarikh result keluar. 3hb-9hb Jun! Sila alert! Jangan nanti terlepas pulak. Hihi Bye!


5 comments:

  1. good luck ... i'm nervous too....

    ReplyDelete
  2. gud luck.. aku doakan ko dpt result with flying colours~~ amin~~.. ^__^

    ReplyDelete
  3. thanks jugak ye for the info!

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?