Thursday, 1 August 2013

Homemade.

Greeting Text

Assalamualaikum wbt. Malam nie cam rajin pulak nak update blog. Hihihi Okay senanye baru je habis buat kuih raya. Ya Allah dah lama kot tak buat kuih raya. Last buat tahun lepas Hahaha. Okay Okay Alhamdulillah menjadi jugak Biskut Donat Nong. Homemade nie! Panas lagi okay. Act aku gubah resepi biskut Snow Almond kepada yang atas nie. Alhamdulillah menjadi. 

"Nak resepi?"  

Okay Nah aku bagi korang. Jangan tak buat ok! Senang je nie. Aku buat tak sampai sehari,
Bahan A
190gm Mentega
120 gula castor ( Boleh kurangkan untuk orang yang tak suka manis)
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla

Bahan B
280gm Tepung gandum
50gm Tepung jagung
30gm Tepung kastad
50gm conflakes kisar (nak letak banyak pun boleh, ikut suka hati)
30gm badam kisar

Hiasan
Coklat masakan
rice yang warna warni tu.

Cara cara
1) Pukul mentaga + gula kastor (sampai putih cam aku, Hehe)
 p/s ; Kacau guna tangan jangan mesin! 
2) Masukkan kuning telur + Esen vanila 
3) campurkan bahan B letak dalam plastik.
4) Lepas Bahan A cam ringan sikit, baru masukkan Bahan B. (Masukkan sikit-sikit tau! Jangan terus masukkan semua)
5) Masukan dalam plastik wrap sekejap. Tunggu dalam 13-20min. Rehatkan adunan. Sementara tunggu tu korang leh aa kemas/basuh pinggan2 kotor. Haa jimat masa kan. Sambil tu panaskan ketuhar. dalam 170`c-180`c
6) Lepas tu leh aa terap guna terap untuk donut. Nak guna terap lain pun boleh ikut kreativiti sendiri lah.
7) Pastu bako dalam ketuhar dalam suhu 170`c-180`c selama 25-30minit.
8) Lepas dah siap semua biskut. Leh aa panaskan coklat masakkan pulak. Jangan lupa tambah shortening sikit. untuk cairkan coklat tu. Heheh. Lepas tu sesi menghias! And siap!

Tak sampai setengah hari pun buat benda nie. Alam 1 adunan tu aku leh dapat around 95-100biji tau! Hehe Selamat mencuba! Entry sepantas kilat kebabom! Bye wsalam wbt ;-)   



2 comments:

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?