Saturday, 4 June 2016

Practical life


Hai korang, okay seperti yang dijanjikan aku nak cerita pasal internship aku dekat hotel Bayview Melaka. Nak dipendekkan cerita, aku dengan tiga lagi kawan aku, start practical lambat, member lain dah start 25 January, aku dengan member aku start 1 February. Time tu, hanya Allah jela yang tahu bertapa risau nya aku tak start intern lagi, Fuh gila weh, orang lain dah sebok sebok kat kitchen, kau dok relex relax lagi katt rumah, siap boleh goyang kaki minum coolblog lagi. Haa aku la tu.
.
Lambat sebab Lect yang handle kiteorang lambat buat kerja. Haish kalau ingat balik memang sakit hati weh, resume suruh hantaq awai tapi, kerja tak nak buat awaii. Sabar jela. Dan nak dipendekkan cerita, awal-awal memang mintak practical dekat Shah Alam, dekat Concorde Hotel Shah Alam and De Palma, disebabkan lambat, dedua hotel penuh, dan terpaksa lari ke Melaka. 
.
Aku jenis tak kisah nak practical mana-mana negeri asal tak Penang, sebab jauh dari rumah. Hahaaha kalau Shah Alam, abang aku stay Shah Alam, so takda masalah. Kalau Melaka, Maksu aku ada kat Melaka, dan rumah aku dekat je dengan melaka, 30-45 min dah sampai. He he he
So dah decide pegi Melaka, 4 orang pegi Melaka. So Hotel Bayview Melaka menjadi pilihan hari, 4 star hotel kot weh bayview ni. Expectation sebelum pegi, dengan dah sampai memang lain. Sumpah lain. Hahahahahahha takyah citaa kot rasenya macam bukak aib hotel tu. Hehe 
.
So first day, biasalah skema lagi. Nak masuk pon takut takut lagi. Semua benda takut nak buat, teragak-agak. Okay first day lepas proses pengenalan pasal hotel. HR bawak kiteorang pi kitchen terus, ingatkan first day boleh balik lepas orentation padahal kena terus masuk kerja weh. Ok takpe, first day All is well. 
.
Kitchen Bayview Hotel Melaka ni ada 3 division. Cold kitchen, Hot Kitchen, dan Pastry. Untuk  2 bulan pertama aku masuk pastry, Kalau ada masa nanti, aku cita satu-satu bahagian naa. InsyaAllah kalau takda aral yang melintang. Aku cita ni bukan apa, nak bagi korang tahu, and bagi excited nak belajar and masuk bidang culinary ni. Serious best weh, seriouss. 



Aku taktahu nak start dari mana, hahahaha okay intern kat hotel kerja 6 hari seminggu. Sehari ja ko dapat off day, with 45 minutes break. Setakat ni aku takda masalah dengan jadual kerja, and apa-apa shif yang aku terima. Mstly shift aku pagi, 7-3, dan terkadang tu dapat jugak shif 1-9. Aku sorang pempuan dalam kitchen. Ni semua chef punya kerja, letak aku petang. Tapi takpe, i is okay je, as long as takda apa-apa gangguan. Haa faham faham sendiri la yer. 
.
Kitchen staff, F&B staff semua masuk air, jangan risau. Tapi time kerja semua serious, time ada Exec Chef semua kena serious takleh main main. Haha Kitchen staff kat bayview takda la ramai mana, pastry 3 orang, main kitchen 6 orang, cold kitchen 3 orang. Yang meramaikan kitchen budak-budak trainee la. hehehe.
.
Nak dipendekankan cerita, pengalaman takleh lupa dan meninggalkan kesan sampai sekarang, tu la mase aku masuk pastry, tangan aku kena oven. Peh berbekas weh sampai sekarang. Taktahula aku ni kelam kabut sangat buat kerja. Pedih time first time kena tu, hanya Allah jela yang tahu. Sabar jela aku, bila staff tanya, aku cakap accident dalam keta. Hahaha daha dalam kereta mana boleh accident -_- Okay saja bergurau dengan diorang.Tu la sampai sekarang berbekas. Sorry bakal suami tak reti la nak jaga diri hihihi


Suka gila aku bila chef letak aku kat pastry 2 bulan, dan kat situ aku perasan, my profession is more to pastry, decorate cake, buat cake. Hias cake, belajar buat local kuih, cookies and macam-macam lagi. And serious best! Tak jemu aku buat, sampai dah keluar pastry pon dok sebok lagi masuk pastry, buat benda tu. Hikhik
.
Okay apa lagi aku nak citaa, next entry la aku cerita pasal division pastry, cold kitchen and hot kitchen. Mesti korang excited kan! Lanje sikit untuk next entry. CLICK SINI 
.
Bye gais, jumpe lagi! Assalamualaikum wbt

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?