Tuesday 20 November 2012

Semester 1


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Wahai pembaca blogku yang setia lagi rajin lagi comel lagi cantik. Hamboi, First paragraph aku dah puji korang nie. Hikss, Entry harinie dimulakan dengan iklan nuffnang.com Hehehe, ade masa tekan lah nuffnang aku, nak jugak dapat check macam Lyssa Irine Zzzzzz Ok, Moh ler bace sampai bawah, Tak rugi pun haa, Hehehuuhiiii. Okay entry harinie khusus untuk classmate-classmate ku yang tercinta. Alhamdulillah, pembelajaran Semester 1 aku berakhir dengan, dengan, dengannn okbye. Aku taktahu berakhir dengan aper. Hiks, Alhamdulillah, fast knowledge aku dekat matrik nie, hmm not bad, first time aku dapat rasa stay up sampai pukul 4,5,6 pagi. Fuhh, dan kadang-kadang aku rasa bangga dengan diri aku sendiri. Kat rumah, walaupun SPM mana aku pernah stay up sampai 3 pagi? Mana pernah, Kalau stay up sebab bende lain adew kot. Ok, kalau dekat matrik, aku dapat merasa kepayahan belajar disaat-saat akhir. Nampak tak permainan aku? Hahahah, belajar saat akhir pun okay aper. Masuk tu memang lah masuk tapi tension sikit lah. Dan dari situ aku dah nampak ke-struggle-lan aku. Kejap, "KE-STRUGGLE-LAN" kalau Cikgu Yunus tahu, mati aku. Hehehe Yang aku tak boleh expect, aku boleh stay up sampai pukul 4.30pagi semata-mata nak habiskan topik-topik ekonomi. Dan esoknya paper ekonomi. Allahu, kalau lah aku Stay up dari first-first masuk matrik, mungkin aku tak buat semua tu :') Inilah manusia, selalu sangat menyesal disaat-saat akhir. Tapi Syukur Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan lancar, Alhammdulillah otak aku tak blank dengan tibe-tibe. 

Okay, aku bukan nak cerita pasal tu, Main point untuk entry harinie adalah classmate classmate dan kenangan-kenangan semasa Semester pertama ku berada di Koleh  Kolej Matrikulasi Melaka. Takdapat dinafikan lagi, banyak kenangan selama aku berada di Matrik Londang nie. Dari first day daftar masuk kat kolej nie, banyak pengalaman duh. Tak terkira, dan sometimes aku rase dah boring hidup di Matik Londang nie, dan lagi boring dengan peraturan yang 'ketat' dari kolej nie. Haihhi, dah tak boleh complain banyak lah, nanti dah habis matrik aku yang rindu. Eh? Lalala tu lain cegrita lah. Cerita nya sekarang, aku nak cerita, bukan cerita rasanya cerita yang ade gambar. Hehe, Korang pun suka kan cerita yang bergambar nie, berkembang sikit otak korang tu. 

Okay let me start, Alhamdulillah sempat bergambar dengan pensyarah tutoran. Last day sebelum masuk study week, sempat bergambar. Cuma tak sempat nak bergambar dengan En.Md Lutfi as pensyarah Pengurusan Perniagaan aku. Hihihi Maaf cikgu. Halalkan ilmu yang cikgu bagi ea? Sayang cikgu hoo. 

And this, w/ Cik Anisa as my Economic teacher. Cikgu nye comel lote jea haa, Yang pakai baju hijau tu. Heee, aku suka cara dia mengajar. Dia ajar pun faham. Dia lah yang selalu panggil nama aku dalam kelas. Al-Maklum ade dua farhanah. Kalau dua dua farhanah tak kena jawab soalan kat depan memang tak sah lah. Dan dia suka sangat bercegherita. But i love her, Sayang Cikgu. Alhamdulillah Result UPS untuk subjek ekonomi aku A. Hehehe PSPM? Dop ahu lagi, harap A lah, Amin! Terima Kasih cikgu, Harap cikgu dapat ajar kelas kiteorang untuk Semester 2. :-)


And this dengan Encik Khairul a.k.a Mr.K. Cikgu Math aku. Yang pakai baju batik oren tuu. Dia pun jenis yang sempoi. Ajar math pun best dan paling penting faham. Hehe, dia selalu buat lawak dalam kelas. Semakin ceria kelas kiteorang. Hihi, btw thanks cikgu dapat mengajar kiteorang dalam Semester 1. Banyak pengalaman kot. Hehehehe Next!


Dan ini, dengan Puan Nurul Aini. Cikgu Akaun kiteorang, Dia pun sempoi, kalau buat lawak memang tak henti lah kiteorang gelak. Tapi, beware kalau dia tengah marah, memang dia marah. kiteorang takut kot. So jangan pernah bagi dia marah kat korang. Hehee Cikgu nie ajar pun faham. Takde lah tak faham sangat. Dan cikgu nie pernah tegur aku, time aku buat presentation. Pehh malu, maybe dia nak bergurau je kot. Hehe, takpela Cikgu, saya redha. Thanks Cikgu! Next 


Okay, nie dengan En Hairi. Cikgu Koko kiteorang. Kelas kiteorang ambek bola tampar. Peh Seriusly first time aku dengar memang tak ah aku nak ber-bola tampar nie. Hmm, tapi? Not bad lah best! Dari aku tak tahu main bola tampar, terus pandai main sikit-sikit. Alhamdulillah, berkat classmate yang mengajar. Hehe, Btw, i will miss the Class, Semester depan dah tak ambek Kokurikulum dah, Okay lah baju biri/hijau semua simpan dalam gobok. Huhuhu, Semester depan aku ambek Kemahiran Dinamika dengan Agama. Ahhhh, mesti lagi stress t-.-t  





And this before study week. Kiteorang pakat-pakat pakai baju warna biru. Hee, Comei dok? Mesti ahh comei. Hehe, tapi tak semua ade, ade yang pakai baju lain. Hmm takpela mungkin korang ade sebab yang tersendiri. Hehe, takpe Semester depan ambek gambar lagi. In Shaa Allah kalau kita berkesempatan lagi :') Dan aku nak cakap kat sini, banyak kenangan pahit/manis dah kite tempuhi bersama. Dan aku tah akulah orang yang paling annoying dalam kelas. Sorry weh, Banyak lagi yang aku nak cerita tapi aku rase, entry aku hari, adalah entry paling panjang yang pernah aku buat. Hehehe, Dakpe lah sekali sekalo. Hopefully our friendship will last long even if we have to terminate  matriculation studies in 2013. In Shaa Allah. The End of Semester 1 with smile. May Allah bless all of them. Bye Assalamualaikum, Lots of love <3>

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?