Friday 8 February 2013

Say No to Valentine Day Part 1.

Greeting Text

Assalamualaikum Warahmatullahitaalaa Wabarakatuh, Hi preeps. Hi awaks, Hi bakal zauj ku, Hi semua. Dipetang yang mulia ini saya, Nor Farhanah binti Abu Bakar ingin berkongsi kepada kalian semua tentang Valentine's Day. Hah! Semua tahu kan Valentine's Day tu ape. Hah! Semua tahu kan, ape hukumnya kita sebagai orang islam menyambutnya. Hah! Jangan nak buat taktahu pulak ye Wahai Kaum Adam/Hawa. Sejarah Valentine's Day nie sebenarnya takda dalam islam. Amalan, budaya, dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur unsur kristian yang bercanggah dengan Islam. 

Di dalam Islam tak ada pun hari 'tertentu' bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap 'hari' di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Haa, tengok kesucian islam. Allah tu sweet, Islam juga menolak keras keras konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam. Hukum Islam sudah jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                  ( Riwayat Abu Daud)
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam yang degil, nak jugak meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian. Nauzubillah,
Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan 'terikut-ikut' untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.  Hari Kekasih  yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
 Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka. Haaa, benda nie aku dapat daripada fatwa negeri Johor.

"Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day."

Dah terang lagi bersuluh, terang terang hukum sambut Valentine Day tu haram. Dah kenapa kita yang orang islam nie masih nak sambut Valentine Day? AllahuAkbar, Sesungguhnya, sambutan ini sekaligus menggalakkan aktiviti zina khususnya mereka yang bukan muhrim. Jika tidak percaya dalam tempoh sembilan atau sepuluh bulan akan datang, kita akan dengar peningkatan kes kelahiran bayi tidak sah taraf dan kes pembuangan bayi, sekiranya sambutan Valentine Day tidak disekat. Ini juga diakui sendiri oleh rumah Perlindungan Raudhah Sakinan yang menerima ramai anak kelahiran Valentine ini. Kita juga tidak mahu generasi akan datang iaitu anak cucu kita tahu akan kewujudan sambutan in. Oleh yang demikian wajarlah bagi kita menyekat dan terus menguburkan sambutan ini supaya masyarakat akan datang tidak lagi mendengar mengenai Valentine.

Sikap yang perlu dihindari :
Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Wallahuallam, sampai sini sahajalah perkongsian saya. Semoga entry ini bermanfaat kepada umat islam diseluruh dunia. Sama sama lah kita menjauhi perkara yang telah dilarang oleh Allah. Jangan kita buat Allah marah kat kite, nanti kalau Allah dah murka. Bencana yang akan kita timpa. Nauzubillah, Moga dijauhkan. Kita nie umat akhir zaman, ingat ye pembaca sekalian. Tunggu Entry "Say No to Valentine Part 2" Hehehehe
Assalamualaikum wbt :)
Already done! Say No To Valentine's Day Part 2
  P/s : Entry ini hasil daripada beberapa blog yang telah diubahsuai isinya. Thanks to iluvislam.com dan e-fatwa.gov.my. 1 Click

       

3 comments:

  1. baru dgr khutbah psl vlntine day td .. hrp2 semua umat islam sdr n xbuat sbgai trend lagi..

    ReplyDelete
  2. Mudah mudahan dijauhkan benda benda macam nie. MasyaAllah :')

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?