Saturday 9 March 2013

Kelebihan Ayak Liuq.

Greeting Text


Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Okay harinie nak share pasal kelebihan air liur. Hah? Mesti korang tertanye tanye air liur pun ade kelebihan ke? Eyuuuuuk, mesti rase geli kan dengan air liur sendiri, nak nak lagi air liuq basi. Haa, jangan ingat Air liur nie takdak kelebihannya. Banyak kelebihannya yang kita taktahu. Allah jadikan semua benda kat dunia nie bersebab. Hah! Ape lagi, jom kite tengok kelebihan kelebihan yang ade kat air liur nie.

Air liur basi nie berkhasiat cerna sistem tubuh manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia. Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan. Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi. Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.

Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan air liur sebagai ubat. Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki. Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun.

Petua menggunakan air liur untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua. Contohnya, Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh. Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil sedikit air liur sendiri dengan satu jari. Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh.

Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah je. Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin. Ini menurut kata orang tua-tua, supaya air liurnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.

Selain itu, khasiat yang paling utama ialah apabila bangun tidur terus minum segelas air tanpa mengosok gigi kerana khasiat air liur mempunyai enzim yang dapat menjadikan wajah awet muda.

Kajian Saintifik tentang Air Liur

Menurut satu kajian saintifik Belanda, zat dalam air liur dapat menyembuhkan luka. Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air liur yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka. Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain. Saintis juga menjangka, air liur boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit. Sekian sahaja untuk perkongsian harinie. Re-post from the other blog. Terima Kasih. READ MORE






1 comment:

  1. najihah bawu tahu kena jilat ubun_ubun bayi dgn air liur jika baby baru lahir panas suhu badannya... btw nice info :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?