Wednesday 1 May 2013

And this.

Greeting Text
Assalamualaikum Warahmatuhallahi Taala Wabarakatuh, Harinie 30/4/2013. Dan akhirnya tarikh nie muncul. Alhamdulillah, 30/4/13 tamatnya Pengajian aku di Matrikulasi Melaka. Hmm, macam tak percaya. Macam baru semalam je aku buat entry untuk minggu minggu pertama aku kat Matrik nie. Ingat entry 20 July 2012? Hehehe, Pi lah search sendiri, den malas nak flashback balik. How time flies doh? Cam baru semalam je aku kenal dia orang semua. Dan harinie? Tipu lah, kalau aku cakap aku tak rindu langsung suasana kat KMM. Rase nak balik lagi kat sana, tidur kat sana tanpa ada kuliah dan assignment. Ahh the best ever.

Aku ingat lagi first time sebelum masuk matrik nie. Benda yang aku search dulu. 'Toilet' kat Matrik Melaka. Yela Matrik Melaka Matrik paling tua en? Sekali bukak google, Makaih seram wehh toiletnya. Tapi Alhamdulillah, gambar tu menipu. Toilet aras aku okay je. Lawa lagi. Hehe, So sapa yang dapat tawaran Kat Matri Melaka tu. Make sure pegi okay? Rugi tau, Zaman Matrik ler Zaman yang paling awesome. Dapat elaun lagi. 1 Semester RM1250.

Dah dah dah aku kena masuk ke dalam dunia yang realiti. Aku dah habis Matrik, aku dah takkan kembali ke alam Matrikulasi, Aku dah tak dapat rasa lagi angin kat Londang. Hmm, and seriously, duk kat matrik nie takde lah membosankan. Mula mula tu memang rase stress. Stress dengan assignment, kuliah laju and what ever thing semua nak cepat. Yela 10 bulan je en? Tup tup dah masuk study week untuk Semester 1 dan akhirnya study week untu Semester 2. Cepat en? Haa tu baru lah Matrikulasi. Fast knowledge, dan Pensyarah kat Matrikulasi cakap Kat University lagi laju, 1 hari boleh habis 2 bab. Nampak tak permainan dia? Huhu Okay Okay, entry nie aku bukan nak cerita pasal pensyarah, Universiti. Entry nie aku nak membuat satu kenangan dalam satu entry. Erk? Amenda aku merepek? Lantak ler, asal aku faham sendiri en? Jom kita start dengan gambar gambar. Perpisahan ini - 1st Edition feat Aizat #np

With Nina and Dada. Outing kat Jusco Aeon Bandaraya Melaka, Naik bas Panorama Okay. Dan First time naik bas Panorama tu. Banyak moment yang manis dan pahit kot ;'3

With Naza Aka Kak Yen, nie masa outing kat DP/MP naik bas KMM. Time nie nak shopping baucer buku RM250. And i cant remember it. Love you Yen. ;'D 

Nie Dewan Kuliah 1. Dewan paling besaq kat KMM dan dewan yang paling terseksa. Sebab kerusi satu satu. Kalau calculator tak jatuh memang tak sah.

Le classmates A1T3. Cari lah mana aku. Thanks korang, sentiasa support aku dalam kelas ;'3

Nie time petang petang. Bila bosan keluar lah. Ingat time nie nak main basikal. Tapi Stor basikal tutup, terpaksa lah meronda satu KMM. Hihihi with Nina, Dada, and Aniza

Hah! Yang nie blok kediaman gua. A1. Blok paling dekat dengan ATM, Hahaha senang nak cocok duit elaun. Eh, Pelajar Lelaki DILARANG MASUK okay. Get it? 

Yang nie pulak Le lecturemates and Mr Mat Tuah as my lecturer Math. Carilah mana aku. Hihihi. Nie Dewan Kuliah 6. Dewan yang paling sejuk dari dewan kuliah yang lain. 

With Dada, my roomate and my room. Miss you A1.4.7. Bilik paling luas. Hehehe :p

Meja belajaq gua kat KMM. Rindunya. Macam baru semalam je susun susun benda nie, And ambik gambar. Huhuhu

With Dada kat cafe A. :'D

Nie pemandangan pagi pagi time nak pegi kuliah. Rindu :')

Niza, Yaya, Ain. Time ber-Barbeque kat bawah blok. :') 

With Nina. Dekat Surau Jusco Aeon Bandaraya Melaka

Le Classmate. Rindu semuanya :')

And This, with Suria, Naza. Haha budak bilik depan. A1.4.8 

Banyak lagi gambar sebenarnya. Hmm, Thanks korang sudi jadi kawan aku kat Matrikulasi Melaka nie. That was an amazing moment. And Terima Kasih Suria jadikan aku yang pendiam nie, kepada orang yang paling bising kat Wing kita. Love you Suria.

Lepas nie dah tak boleh dah nak bukak pintu bilik depan and bergosip dengan diaorang. Memekak dengan diaorang. Tak boleh dah nak makan sama sama kat Cafe. Takdapat dah nak delivery Pizza and makan sama sama.  Takdapat dah nak rebut bilik air time petang petang. Takdapat dah nak urut Suria lagi, Tak dapat dah nak dengar Dada membebel tiap hari. Dah takdapat dah nak tweetjacked twitter diaorang lagi. Takdapat dah nak study kat luar sambil bawak tikar/bantal lagi. Takdapat dah nak tidur kat luar sambil berselimut dengan Haha lagi. Takdapat dah nak tengok Nina nangis tengok Movie Hindustan lagi. Dan yang paling penting, dah takda orang nak panggil aku dengan nama 'Nana' kat umah orang panggil Nong je. Ahhh rinduu *wipe tears* Ahhh, semua dah takdapat.

Thanks for every single things. I love you alls till jannah. Jangan lupa Nana yang comel nie okay? Kahwin nanti jangan lupa jemput aku. Insya-Allah aku akan datang. Dan aku kahwin jangan lupa datang Okay? Heheheheheehehe Bye Till meet again. KMM Batch 2012/2013


2 comments:

  1. tahniah!! t boley masyuk u pulak.. tambah lagi pengalaman manis.. rindu zaman matrik dlu..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?