Tuesday 24 December 2013

STUDY WEEK

Greeting Text


Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Alhamdulillah masih hidup di tanggal 24 haribulan disember 2013. Macam dah lama sangat tak update blog ni. Miss me? Heheheh (Cium screen laptop) Alhamdulillah minggu kuliah Semester 1 (2013-2014) berjaya ku harungi dengan jayanya. Selasai semua assignment, selesai semua Test, selesai semua presentation dan selesai semua pembelajaran untuk Semester 1 di Uitm Pulau Pinang.

Will miss all my practical lecturer, Chef Hussin Khan dan Chef Shahril. Rindunyaaanya dah lah handsem. Eh, Okay dah minggu nie dah start study week. Dan bagi aku minggu study bertukar ke minggu balik kampung. Woo woo woo balik kampung. Heheh and finally, sekarang dah ada kat rumah. Syokk woo duduk rumah, syokk woo makan makanan yang mak masak setelah sekian lamanya aku tak balik kat joho nie. Serius aa rindu tahap dah taknak balik uitm. Hehe tak senonoh punye perangai

Okay, biarkan aku menikmati minggu study week kat rumah. Biarkan aku menikmati Wifi yang laju tiada tandingnya. Haha kalau kat kolej kena guna hotspot sendiri. Duit lagi, kalau laju tak pe aa gak. Hiks Okay cerita pasal final exam. 

Final exam?

Takut, sebab first time ambik. Takut, sebab long essay. Takut, sebab jawab dalam english. Allah, sungguh aku berdebar debar nie. Time matrik, subjek english ja buat dalam english. Lelain bahasa melayu. And this is so sad. Tabah lah wahai hati. 

Start final 10/01/2014.

Lama lagi kan? Sebab itu lah aku balik kampung. Kau bayangkan Peneng ke Muar. 8 Jam woi. Terpaksa ku gagahkan diri duduk dalam bus dan duduk satu bus dengan mat bangla. Fuh, Aku final exam 3 paper ja. And course aku, course yang terakhir duduk kat Uitm. Haihi, dah sedap 3 paper ja, yang hat balik lambat tu yang tak tahan. Haihi, sabaq ja na. 

HOSPITALITY    (HTM400)
MANAGEMENT (MGT400)
MARKETING      ( MKT410)

Tu ja subjek final exam aku. Semua killer paper, semua kena menghafal. Makaihhh, tabahlah wahai diri. Semoga Allah mudahkan semua urusan aku. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku juga. Doakan aku, doakan aku agar ditenangkan hati. Agar dilapangkan minda semasa aku jawab semua paper nie. Doakan aku tau. InsyaAllah habis paper aku terus balik Muo! Bye jaga diri, Jagakan blog nie sekejap untuk aku tau. Kalau after post nie, aku ada post lagi. Marah aku, dan cakap "Woi, study lah, tak sayang mak bapak kau eh" Tak pun gini, "Woi study, kata nak jadi Chef yang berjaya"

So Deep, Bye! Assalamualaikum




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?