Friday 23 November 2012

“Aku Kecewa Kerana Cinta...”

Greeting Text
Pernah kecewa? Pernah putus cinta? Cinta terhalang oleh keluarga? Atau sebenarnya memang bukan jodoh...,
wahai hati,
Perasaan kecewa itu sangat menyakitkan. putus cinta itu sesuatu yang pedih.. apatah lagi cinta dikhianati.. perit.. umpama ditusuk bilahan pedang..

Cinta terhalang oleh keluarga.. yaAllah.. sungguh tragis.. mengapa dua insan bercinta tidak boleh disatukan? Sedangkan kasih sayang itu telah lama wujud.. Maka soal jodoh itu pun timbul.. mungkin dia bukan jodohmu.. siapa tahu.. mungkin Allah mahu menguji kamu sebelum Dia memberi nikmat kebahagiaan yang sebenar kepadamu wahai hati..

Benarlah kata-kata; “cinta tidak semestinya bersatu”.. kita tidak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai. Tapi, kita akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk bersama kita di Luh Mahfuz.. kerana Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.. justeru, janganlah bazirkan perasaan cinta tu kepada mereka yang tidak sepatutnya menerima cinta.. tak perlu memberi cinta itu kepada seseorang yang belum tentu jodoh kita, walaupun sekadar biasan cinta..

“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta

Wahai hati,
Bukan senang untuk survive setelah terjerumus ke dalam lembah kekecewaan.. bukan senang.. apatah lagi kecewa dalam soal cinta.. soal hati & perasaan.. terasa seolah-olah separuh daripada diri telah pergi.. menghilang entah ke mana.. tapi, percayalah.. setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri..

Setiap manusia itu pasti diuji.. ujian setiap insan itu berbeza berdasarkan kemampuan masing-masing.. kiranya hari ini kita kecewa, bukan selama-lamanya kita akan kecewa.. Allah itu Maha Adil.. Allah itu Maha Pengasih & Maha Penyayang.. please don’t be demotivated.. mata yang melihat.. telinga yang mendengar.. tidak akan pernah merasakan bebanan yang sama yang dirasai oleh insan yang diuji.. kerana setiap manusia punyai kemampuan yang berbeza-beza.. punyai kekentalan hati yang berbeza-beza dalam menghadapi & menangani ujian-Nya.. you definitely can face it!

Wahai hati,
Bersyukurlah dengan ujian ini.. kerana itu maknanya kita berada dalam perhatian-Nya.. mungkin Dia mahu kita sedar tentang kekhilafan & kelalaian kita terhadap-Nya selama ni.. mungkin kita yang terlalu laju mengemudi perjalanan hidup kita.. sehingga lupa untuk menoleh ke kiri dan kanan.. mungkin kita terlupa, bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin-Nya.. peringatan bahawa bukan semua yang kita mahukan akan kita perolehi dengan mudah.. mungkin dia itu adalah kehendak kita saja, dan bukanlah keperluan.. siapa tahu..

biarlah kita berhenti sejenak.. merenung masa silam untuk dibuat pengajaran.. hiduplah pada masa sekarang.. tidak perlu menilik-nilik apa yang akan terjadi pada masa depan.. usah terlalu teruja untuk memiliki sesuatu yang belum tentu terbaik untuk kita.. kerana kita bukan siapa-siapa.. Dia sudah suratkan apa yang terbaik untuk hidup kita.. cuma kita sahaja yang perlu memilih jalannya..

Hati yang kecewa, hati yang menderita, biarlah Allah saja yang mengubati-Nya.. titipkan di dalam doa & rintihan kita hanya kepada-Nya

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan hati ini.. aku bersyukur diuji oleh-Mu ya Allah.. rawati dan belailah hatiku yang gundah & kesunyian ini dengan CINTA & kasih sayang-Mu.. anugerahkanlah kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam beribadah & mendekati-Mu.. agar di saat aku diuji dengan kesenangan, aku tidak sekali-kali akan melupakan-Mu”.

wahai hati,
Kekuatan tu tidak akan datang dengan sendiri.. sakit di hati kerana kecewa itu sunnatullah.. adatlah, apabila kecewa kita akan merasa sakitnya.. mana mungkin jari yang terhiris oleh pisau tidak berdarah? Mana mungkin bila mendapat kejayaan kita tidak akan gembira? Manusia dilahirkan dengan pelbagai emosi.. tidak adillah kiranya kita hanya mahu merasai emosi yang positif saja..

Wahai hati,
Tabahlah engkau.. kekuatan, ketabahan, ketenangan, kejayaan malah keimanan itu perlu kita cari.. sudah tentu dengan izin-Nya juga kita menikmatinya..

Ketenangan & kebahagiaan tu wujud di dalamnya.. carilah ia.. tiada satu pun yang bernama makhluk di dunia ini yang berkuasa untuk mengecewakan dan menyakitkan kita tanpa izin Allah.. binalah penghalang diri.. dekatkan diri kepada Allah.. mungkin usaha kita belum cukup.. andai resah menyelubungi diri, solatlah, berzikirlah.. sesungguhnya hati yang tenang itu ialah hati yang sentiasa mengingati Allah.. memahami keagungan dan kekuasaan-Nya dari aspek maknawi dan hakiki..

Yakinlah dengan janji-Nya.. jadilah lelaki yang soleh.. nescaya yang solehah akan hadir untukmu..jadilah wanita yang solehah.. nescaya lelaki yang soleh akan menghampiri kamu demi Dia.. carilah CINTA ALLAH, nescaya cinta wanita yang mencintai Allah akan hadir untukmu.. kerana, cinta manusia tidak pernah akan kekal.. bercintalah kerana Allah.. nescaya ikatan rumah tanggamu yang bakal dibina akan sentiasa dirahmati & diberkati-Nya.. insya Allah..

Usahlah terlalu lama mengenang kenangan silam yang disangka indah.. sehingga menghalang hak kita untuk bergembira & berbahagia dengan kehidupan kita.. cinta manusia bukanlah segala-galanya.. ia akan layu juga andainya tidak dibajai dengan cinta kepada Allah.. cinta Allah itu matlamat, cinta manusia itu adalah alat untuk menggapai cinta Allah..

soalnya,

Mengapa sukar untuk melupakan si dia?

KERANA Allah ciptakan kamu yang punya ‘PERASAAN’, minda yang punya ‘INGATAN’ wahai hati..

Sebab itu orang yang kita BENCI kita INGAT.

Yang pernah kita CINTAI?!

ya, itulah hakikatnya,

Jika ingat kenangan manis bersamanya buatlah pedoman, kenangan pahit jadikan pengajaran.

masa dan hidupmu terlalu berharga untuk dibazirkan dengan kisah cinta yang tidak ada kesudahan..kamu punyai dunia dan kehidupan yang sendiri untuk dicorakkan.. berjaya atau tidak adalah pilihan sendiri.. tenanglah, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kamu kiranya kamu kesunyian..



Saya hanya berkongsi, credit ; http://peliharalahhatikami.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?