Friday 23 November 2012

Layakkah aku :')

Greeting Text
Assalamualaikum Ya Ahli Kubur, Bakal jannah semua, bakal zaujah dan zauj sekalian. In Shaa Allah, Pernah dengar lagu Shahir? Aku yang berdosa? Allahu, Lagu itu tersangatlah menyentuh hati. Kejap saya sharekan videonya. Selamat mendengar wahai sahabatku :'D

Allahu,Jika aku betul-betul menghayati lagu itu, menitislah air mataku Sesungguhnya Engkau Maha Besar. Di dalam kepala aku masih lagi memikirkan tentang diri yang terasa sangat jauh dari empunya langit dan bumi. Yang sering alpa kepadaMu, Layakkah aku, seorang hamba yang selalu berbuat dosa kepadaMu memohon keampunan daripadaMu? Layakkah aku digelar seorang hambaMu? Layakkah aku digelar hambaMu yang hanya mengingatiMu tatkala aku ditimpa kesusahan dan kedukaan sahaja? Layakkah aku berada di SyurgaMu? Layakkah aku untuk mendapatkan syafaat daripada Nabi Muhammad S.A.W di akhirat nanti? Ya Allah, adakah Engkau akan menerima taubat dari hambaMu yang hanya berasal daripada setitis air mani yang hina ini? Ya Allah aku mencari keredhaanMu, aku mencari ketenangan hati daripadaMu.

Tatkala aku melihat seorang sahabatku berubah dan kembali kepadaMu, bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna terdetik di dalam hati "Ya Allah, aku bila lagi, bila lagi aku nak kembali kepadaMu? Bila aku nak sempurnakan ibadahku kepadaMu? Bila lagi aku hendak sempurnakan solatku yang belum cukup sempurna ini? Bila lagi aurat aku akan terpelihara dengan sempurna? Allahu, Layakkah aku yang hanya hendak berubah setelah melihat sahabatku yang telah berubah. Adakah Engkau menerimanya?" Dan aku seharusnya membuang niat yang 'hanya' nak berubah bila tengok orang lain yang dah berubah? Aku hendak berubah  lillahi ta'ala. Ya kerana Mu Ya Allah. Izinkan aku Ya Allah. Mungkin aku memang tidak layak untuk ke SurgaMu, tetapi tidak pula aku sanggup untuk masuk kenerakaMu. Nauzubillah Min Zalik, moga Engkau menjauhkan semua itu. :')

Dan pabila aku sedang asyik membaca artikel-artikel di www.iluvislam.com tentang penghijrahan seseorang, tentang takutnya mereka kepadaMu, dan tentang azab-azab diakhirat dan dari situ baru aku sedar, betapa hina nya aku seorang islam yang tidak taat kepadaMu. Dan sering ingkar dengan suruhanMu. Sebak rasa hati, mahu sahaja aku menangis sepuas hatiku. Aku tahu Aurat seorang perempuan adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Tapi aku tidak melaksanakannya. Aku tahu Solat itu tiang agama, maka kalau tiada tiang, runtuhlah agama seseorang, Tetapi terkadang aku lalai untuk melaksanakannya. Allahu, layakkah aku? ;') Aku malu kepadaMu Ya Allah, aku malu

Aku terasa bagai memikul bebanan yang sangat berat, ingin sahaja aku melepaskannya. Allahu, banyak betul ujianMu. Aku mula sedar, Tiada pentingnya cinta manusia jika Allah tidak kita letakkan pada nombor satu. Namun, aku cuma insan lemah. Sering juga aku rasa kalah, aku rasa resah. Aku masih cuba membaiki diri, setapak demi setapak. Aku masih lagi aku yang dulu, cuma aku harapkan rohani aku sedang dalam proses pemulihan dan pembersihan. Alhamdulillah, Allah sedarkan aku dengan menghantar ujian buat aku. Allah tinggalkan aku sendirian jauh dari manusia yang lain, supaya aku dekati-Nya, supaya aku dapat luahkan semua padaNya. Allah hantar ujian buat aku supaya aku sedar bahawa Dia adalah penguasa diriku, supaya aku sedar bahawa hati aku adalah milikNya. Jika gembira hati ini, semua datang dariNya, jika berat hati ini, kepada dia jugalah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah. Allahu :')  

Sesungguhnya Allah rindu akan rintihanku, Allah rindu akan tangisanku, Allah rindu. Dalam hadith qudsi Allah berfirman : "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah). Semoga Allah membeikan peluang kepadaku untuk kembali kepadanya. In Shaa Allah :') Terasa bodohnya diriku apabila menulis entry ini. Assalamualaikum :')



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?