Sunday, 13 January 2013

Bersangka Baik dengan Allah

 Greeting Text

Assalamualaikum Warahmatullahitaalaa Wabarakatuh, Harinie nak cerita satu kisah benar. Dan aku dah jumpa satu bukti yang kukuh tentang Ujian daripada Allah. Hmm, Okay Let's start guys, Ujian Allah? Tahu kenapa Allah menguji kite? Tahu kenapa Allah tak henti menguji diri kita? Bukan Allah tak sayang kita, dan bukan Allah benci dengan kita. Semua tu sebab Allah sayang kan kita, Allah rindukan rintihan/tangisan kita. Allah rindu nak tengok kita kembali sujud kepadaNya. Allah rindu. "Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita." - via iluvislam. Dalam hadith qudsi Allah berfirman : "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya" (Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)

See? Allah dah berfirman. Still tak percaya lagi kenapa Allah timpakan ujian kat kau? Still nak fikir yang Allah tak nak dengar/sayang kat kau? Muhasabah diri yea. Okay, let's start.
Nor (Bukan nama sebenar) seorang yang sangat pandai. Tetapi dia juga seorang pelajar yang sangat pemalas. Dia kini menuntut di salah satu kolej matrikulasi di Malaysia dalam jurusan perakaunan. Dia seorang yang suka study last minutes, buat assignment last minutes. Di awal Semester dia berada di Matrikulasi, dia seorang yang relax, tak gabra, seorang yang tenang. Buat assignment dan hantar pada lecturer. Semua assignment nya  adalah hasil peniruan daripada kawan-kawannya. Dia seorang yang tak kesah akan pelajarannya. Asalkan assignmentnya siap dan dihantar. 

Nor makin terbiasa dengan keadaan itu. Sampai Ujian Pertengahan Semester (UPS) dia jadi tak karuan. Jadi tak tentu arah. UPS seminggu lagi, tapi Nor masih lagi tidak mengulangkaji pelajarannya. Dan di saat itu,  dia mulai merasai tekanan yang amat sangat. Stress lah katakan. Dia berdoa kepada Allah. Sampai masa UPS, dia buat betul betul. Stay up, walaupun keesokan harinya ada paper. Dan Alhamdulillah, UPS dilalui dengan tenang. Sebulan kemudian, keputusan UPS keluar. Keputusan Nor tidak memberangsangkan, tak seperti yang di jangkakan. Targetnya 3.5 keatas, tetapi dia hanya mampu dapat 3.10 sahaja. Dia berasa sangat sedih, Moody sepanjang hari, tak bertegur dengan kawan biliknya. Dan kadang kadang menangis sendiri. Nor, tetapkan matlamatnya "Nie baru UPS, takpe PSPM 3bulan lagi, InsyaAlah aku boleh ubah semuanya, InsyaAllah' Hari demi hari Nor lupa akan matlamatnya. Makin lupa apa tujuan dia menuntut di Matrikulasi ini. 

Sampai masa Final exam iaitu PSPM. Di minggu study, Nor buat tak endah. Study Nor is just study. Nor study masuk otak kanan, keluar otak kini. Di minggu study dia pulang ke rumah. Dah tentu lah kalau kat rumah tak study. Hari makin hari, Nor still sama. Puas maknya menasihati "Bace buku Nor, Baca buku" dan Nor hanya mampu bercakap " Ye, mak tahu" sambil melayan account socialnya. Sampai masa dia  harus pulang ke kolej, disebabkan final examnya pada Hari isnin depan. Nor pulang ke kolej tanpa ape ape persedianan yang cukup. Dia redha. 

PSPM berjalan seperti biasa, Nor terpaksa mengorbankan masa tidurnya. Nor terpaksa mengorbankan masa makan/rehatnya demi untuk mengulangkaji pelajarannya sehingga habis. Ade suatu hari dia tidur pukul 4 pagi semata-mata nak habiskan ulangkaji subjek ekonominya. Sampai habis PSPM nya, dia berasa lega. Habis PSPM, dia bakal menghadapi MUET pulak, iaitu  Malaysian University English Test. Test ini akan melayakan seseorang pelajar itu untuk masuk ke University. Peperiksaan MUET ini merangkumi reading, listening dan writing dan berlangsung pada 10hb dan pada masa yang sama, tarikh itu adalah tarikh Cuti Semester bagi pelajar Matrikulasi di seluruh dunia. Nor langsung tidak memikirkan MUETnya. Dia tak tahu nak study ape untuk MUET nya. 

Sampai masa peperiksaan MUET ini berlangsung. Di fikirannya, dia asyik memikirkan rumahnya, asyik fikir nak balik sahaja. Di buat exam itu asal buat sahaja. Dia tak bersungguh sungguh menjawabnya.  Sampai masa exam MUET tu tamat. Dia gembira dan pulang ke rumah dengan gembiranya. Cuti Semester 1, 2 minggu sahaja. 2 minggu letah berlalu, Nor terpaksa pulang ke Kolejnya, menjalani hari hari bisanya di kolej. Sebulan kemudian Keputusan PSPM Semester 1 telah keluar, result Nor sekali lagi tidak memberangsangkan. Dia masih mendapat result yang sama iaitu 3.1+. Dia kecewa, dia terfikir "Kenapa Allah, tak nak tolong aku? Kenapa Allah tak bagi aku pointer yang bagus? Kenapa Allah tak nak bagi aku peluang untuk membanggakan kedua ibu bapa aku? Cukup lah 3.5 keatas. Aku tak mintak pun 4flat, 3.5 ke atas pun dah cukup buat aku, Kenapa Allah tak pernah nak adil kat aku?" Keadaan Nor sama macam keadaannya masa result UPS nya dahulu. Nor benci nya dirinya sendiri, Nor benci. 

Nor bertekad untuk belajar bersungguh sungguh di Semester 2 nya iaitu Semester terakhirnya di Matrikulasi. Abangnya berpesan " Belajar betul betul dalam Semester 2 nie, Semester 2 nie senang sikit, dapatkan 4 flat tu, senang nak dapat course kat U nanti." Nor hanya mampu berkata "InsyaAllah" Satu lagi result yang bakal diketahui iaitu result MUET. -_- Nor dapat band yang paling teruk dalam MUET nya, dan dia dah putus harapan. Macamana dia nak masuk U dengan kos pilihannya dengan pointer dan band yang tak memuaskan? Nor bertekad untuk mengulang MUET nya. 

Pada Mulanya, dia meminta nasihat daripada abangnya, dan abangnya menyuruhnya untuk mengulang. Dan dia bertekad untuk mengulang. Tarikh untuk mengulang pada sesi pertama ini tak lama, cuma seminggu selepas result MUET keluar. Pada awalnya dia menyuruh ibu bapanya membelikan No pin yang bernilai RM100 itu tetapi dengan tiba tiba, ayahnya tak dapat nak membelikan no pin tersebut di atas sebab sebab tertentu. Dan dia berasa sedih. Dan dia terpaksa membelinya sendiri di ATM kolej matrikulasinya. Sampai masa di mesin ATM tersebut, dia gagal untuk membeli No pin tersebut. Kerana "Maklumat Pengguna tidak sah, dan sila cuba di pusat pusat yang berhampiran." Dia berasa sangat sedih dan terdetik dalam hati kecilnya " Ya Allah, ape lagi ujianMu ini., Ya Allah permudahkanlah urusan ku, Permudahkan lah Ya Allah"  

Tanpa tunggu masa lagi, Nor terus menelefon ibunya, dan menceritakan hal yang sebenar. Allahu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya saat itu. Sedang dia duduk di cafe bersama kawan kawannya. Air matanya tiba tiba mengalir. Kawan "Awak, jangan lah nangis InsyaAllah ade jalan" Tanpa berkata apa apa. Nor terus bangun dan terus balik ke biliknya sambil esakkan yang tak dijangkakan. Sepanjang perjalanannya dia menangis dengan esakkan yang amat kuat. Sampai dibilik, tak sempat untuknya membuka stokin dan baju, terus meluru ke katil dengan esakkannya yang tak dijangkanya. Rakan biliknya terdiam, dan takut untuk menegur/memujuknya. Nor menangis dan terus menangis. 

Di dalam hatinya berkata "Kenapa Allah, tak boleh nak permudahkan urusan ku? Kenapa? Aku nak repeat MUET je Ya Allah, kenapa kau tak boleh nak permudahkan urusan ku? Kau memang taknak aku berjaya ke Ya Allah, Kau taknak aku banggakan kedua ibu bapa ku ke Ya Allah? Ape salah ku Ya Allah, aper? Sampai kau hendak mengujiku sebegini rupa?'' sambil menangis. Nor menangis dan terus menangis. Dia bangun dengan matanya yang bengkak. Dia mesej ibunya supaya tak beli No pin itu. Dan bercadang untuk mengulang pada Sesi yang berikutnya. Dan ibunya menelefon, bahawa ibunya telah memberitahu ayahnya supaya membelikan no pin tersebut. Dan Nor hanya mengiya kan sahaja.

Even masa dia solat, dia menangis, mengenangkan kan salahnya. Dia berdoa kepada Allah dengan esakannya. Dia merintih kepada Allah, dia memohon kepada Allah supaya mempermudahkan urusannya. Selepas maghrib dia merehatkan dirinya di katilnya, dan menghantar mesej kepada ibunya "Salam, Ayah dah beli No pinnya?, Kalau dah beli bagitahu, Nor nak isi borangnya malam nie" Dan ibunya menbalas "Belum tanya ayah lagi" Nor sedih , air matanya tak henti henti menitis. Dan dalam hatinya, "Ya Allah, permudahkan lah urusan ku Ya Allah, permudahkan lah Ya Robbi" Dengan tibe tibe classmate nya datang ke biliknya. "Awak dah makan?" Nor hanya mampu mengeleng "Dah mandi" Nor hanya mampu memberi isyarat sahaja, tanpa mengeluarkan sepatah kata kata Kawnnya Memujuknya " Awak, jangan lah macam nie, InsyaAllah dapat masuk U dengan course yang awak minat, Jangan lah macam nie, sedih lah tengok awak macam nie. Hmmm, Takpela awak nangis lah dulu, dalam tangisan awak tu, jangan lupa doa pada Allah ye " Nor terus nangis kembali dan nangis.

 Kawannya beredar dari biliknya. Nor nangis dengan esakkan tanpa henti. Dan beberapa minit kemudian. Dia menerima mesej daripada ibunya. Dan memberikan No pinnya "Nie No pinnya 98364" Nor mula senyum dan berkata dalam hati. "Sweetnya Engkau Ya Allah, engkau telah menguji ku dengan cara Kau sendiri, Kau menguji aku kerana Engkau rindu akan rintihan ku kan Ya Allah. AllahuAkbar, Terima Kasih Ya Allah. Terima Kasih, Kau ingin menguji kesabaran ku dengan melambatkan permintaan ku Ya Allah. Sweetnya Kau Ya Allah"  bersambung...

See? Dah bace kisah Nor? Allah melambatkan permintaan Nor sebab nak tengok tahap kesabaran Nor. Sweet kan Allah?  Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman lagi "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Selagi mana kita tidak mempertingkatkan selagi itu Allah akan uji pada titik kelemahan kita. Wallahualam, semoga cerita Nor dapat memunasabahkan diri anda semua. Tepuk dada tanya iman. Assalamualaikum :-)

2 comments:

  1. " ALLAH tidak akan menolong seseorang itu melainkan dia menolong dirinya sendiri " dan " ALLAH bertindak mengikut apa yang difikirkan HambaNya" Oleh itu, positiflah !!

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?