Assalamualaikum Warahmatullahitaalaa Wabarakatuh, Hi *Tunjuk muka exited* Hi lame kite tak update blog nie. Haihi, Hi lame kite tak bercerighter kat sini. Hi lame kita tak menaip panjang panjang kat sini. Hiii..... Dah dah dah Over pulak hengko nie farhanah. Harinie aku taknak cerita pasal UPS II yang dah berlalu tu. Bak kata omputihh, "let bygone be bygone" Acehh pandai berperibahasa english dah sekarang. Hahaha Yeay me! Okay okay, Harinie kita nak berkongsi satu entry yang lebih kurang maanfaat lah jugak. Hehek, Okay Bergurau!
Tajuk kita harinie bergurau ye anak anak sekalian. Haa, semua orang pernah berguran en? Semua orang pernah bergurau 'kasar' mahupun 'lembut' dengan kawan/family atau siapa siapa jelah. Asal kan bergurau. Haa Kau orang tahu adab bergurau? Korang tahu? Cara-cara nak bergurau? Korang tahu timing yang tepat nak bergurau. Tahu ke? TAHU KE?! Kekadang kita ni terlepas pandang dengan benda yang remeh temeh nie. Dan kadang kadang niat kita tu 'hanya' nak bergurau tapi kawan kita take it serious. Tu yang rase lain macam. Tu yang rase, "Ahhh, kau nie tak sporting, malas aku nak ajak kau bergurau lagi" "Ahhh, nak bergurau sikit pun tak boleh" dan banyak lagi. Even dalam mesej pun kita boleh berguran en? Tu yang keluar term. "Mind your words" "Thinks before talk" dan sebagainya.
Haha, Kadang kadang rasa kelakar, Niat kita nak bergurau. Kita punya lah beria ia nak bergurau dengan kawan. Tup tup, kawan kita cakap, "Kbai" tu tandanya dia tak suka dengan gurauan kasauu kita. Get it? Kadang kadang si peng-Gurau nie over kekadang. Tu yang jadinya tak bertegur 2 3 4 5 hari. Haa padan muka. Okay sekrang aku nak kongsikan adab adab nie, SUMBER
1. Niat yang ikhlas
Sahabat-sahabat sekalian bergurau senda bagi tujuan untuk menghilangkan kelesuan, menjauhkan daripada sifat malas dan ingin merehatkan tubuh badan sehingga badan kita menjadi lebih cergas.Bukan dengan bertujuan untuk mengaibkan atau memalukan sesiapa atau mana-mana individu.Tujuan bergurau senda adalah ingin mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.Ikhlaskanlah niat kita semasa bergurau senda kerana perkara demikian akan mendatangkan kebaikan dan keceriaan kepada sahabat-sahabat dan manusia di sekitar kita.
2. Tidak mengandungi nama-nama Allah
Gurauan hendaklah tidak mengandungi nama Allah, ayat-ayatNya, sunnah RasulNya atau syiar-syiar Islam.Kerana Allah telah berfirman tentang orang-orang yang mempermain-mainkan sahabat Nabi S.A.W, firman Allah .S.W.T yang bermaksud :
"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka tentang apa yang mereka lakukan, tentulah mereka menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah:"Apakah dengan Allah dan ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?".Tidak usah kamu minta maaf kerana kamu kafir sesudah beriman". (Surah at Taubah: 65-66)
3. Menyatakan perkataan yang benar
Gurauan itu hendaklah benar dan tidak mengandungi pendustaan.Juga hendaklah tidak mengada-adakan cerita-cerita supaya orang lain akan tertawa dengan apa yang kita sebutkan dan perkatakan.Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Rasulullah S.A.W telah bersabda : " Celakalah bagi orang-orang yang berbicara lalu ia berdusta supaya orang ramai ketawa dengannya.Celakalah baginya dan celakalah baginya".
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan At Tirmizi)
4. Tidak berlebih-lebihan
Agama kita menggalakkan kita supaya melakukan sesuatu perkara tanpa berlebih-lebihan atau melampaui batas atau terlalu kurang.Bahkan di dalam agama kita menggalakkan umatnya supaya melakukan gurau senda dengan berpada-pada.
Sesetengah daripada kita gemar berlebih-lebihan dengan tanpa kita sedari gurauan dan lafaz yang keluar daripada lidah dan mulut kita menyebabkan ada hati yang terluka.Ramai juga dari sahabat-sahabat kita kerap kali terlepas pandang akan permasalahan ini sehingga menyebabkan ada yang membawa hati lalu akan menimbulkan dendam dan dengki jika tidak di kawal dengan iman dan kesabaran yang tinggi.
Bergurau senda secara berlebih-lebihan akan menyebabkan adanya individu-individu yang merasa diri diaibkan dan rasa dipermain-mainkan.Ingatlah barangsiapa yang melakukan perkara sedemikian maka ia akan direndahkan oleh Allah dan jatuhlah maruah dan akan hilanglah kehebatannya.
5. Tidak bergurau senda dengan mereka yang tidak boleh menerimanya
Menjauhi daripada bergurau senda dengan orang yang tidak boleh menerima gurauan kita, sama ada kanak-kanak, orang dewasa ataupun orang tua.Fikirkanlah dahulu sebelum kita ingin bersenda gurau kerana di bimbangi apa yang kita guraukan itu boleh menyebabkan ada sahabat-sahabat kita yang tidak mampu untuk menerimanya.
6. Tidak menyakiti orang lain
Gurauan hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur yang menyakiti perasaan salah seorang di antara pendengar yang sedang mendengar akan apa yang kita bicarakan.Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud :
"Janganlah seseorang di antara kamu mengambil barang-barang temannya, apakah itu hanya gurau senda atau sungguh-sungguh, dan jika ia telah mengambil tongkat temannya, maka ia harus mengembalikan kepadanya".
Jika kita melihat akan adab senda gurau yang ke enam ini, ingin ana mengajak diri ana dan sahabat sekalian akan sejauh mana kita berjaya menjaga dan memelihara diri kita daripada melukakan atau mengguris perasaan sahabat kita tatkala kita berkomunikasi dan bergurau dengan mereka, perlulah kita menjaga batas-batas tatkala ingin bergurau dengan mereka .Di sebalik senda gurau dan hilai tawa, adakah kita pasti dan yakin yang kita tidak melukakan hati-hati sahabat kita?..bersama kita timbang-timbangkan...
7. Tidak bergurau senda pada masaalah yang penting
Sahabat-sahabat bukan semua perkara dapat kita gurau sendakan tetapi ada beberapa perkara yang perlu kita bersungguh dan serius Jangan sesekali kita bergurau senda pada perkara-perkara yang serius dan penting ini kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan dan apa yang dikeluarkan dan kita perkatakan tidak akan diterima orang lain.Antara tempat-tempat yang perlu kita bersungguh-sungguh dan serius adalah di hadapan Qadi, majlis ilmu, dan sebagainya mengikut tempat, suasana dan keadaan.
8. Memilih orang tertentu untuk bergurau senda
Kita tidak boleh bergurau senda dengan orang yang lebih tua daripada kita seperti pakcik-pakcik yang sememangnya perlu kita beradab dengan mereka atau sahabat-sahabat kita yang tidak menggemari gurau senda, mungkin ia tidak dapat menerima gurauan itu atau bergurau senda dengan wanita-wanita yang bukan mahram kita.Kita ditegah memperbanyakkan gurauan kerana dibimbangi menjadi tabiat yang boleh menyebabkan jatuhnya kewibawaan kita dan mudah untuk orang lain mempermainkan kita.
9. Tidak bergurau dengan anggota
Hendaklah menjauhi daripada bergurau dengan anggota samada melalui tangan atau anggota-anggota kita yang lain seperti memukul atau menendang sahabat kita dengan berniat bergurau, dibimbangi sahabat kita itu tidak dapat menerima gurauan kita hatta dengan mencuit sekalipun, ditakuti sahabat kita itu sedang mengalami masaalah dan tidak beberapa elok perasaannya maka akan berlakulah pelbagai perkara yang akan merebak ke hatinya dan akan terhasillah perasaan benci dan dendam..nauuzubillah..
Namun kita dibolehkan bergurau senda menggunakan tangan dengan sahabat-sahabat yang sudah biasa dengan kita dan yakin dia mampu menerima gurauan kita itu dengan berlapang dada dan terbuka.
10. Menjauhi banyak ketawa
Terlalu banyak ketawa boleh membawa kepada matinya hati dan sukar menerima sebarang nasihat dan kebenaran.Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Janganlah perbanyakkan ketawa, sesungguhnya banyak ketawa menyebabkan matinya hati".
(Riwayat Ibnu Majah)
Haa dah tahu kan adab adab nya? Haa, So tunggu ape lagi. Jom amalan. Selamat beramal wahai bakal jenazah semua. Okay sampai sini jelah, penat tulis panjang panjang. Bye Assalamualaikum :) Hah! Kejap, nak tengok bakal zauj aku? Sini sini siniiiiiiii. InsyaAllah :) Bye!
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?