Monday 1 April 2013

Bagaimana nak Cuci hati?

Greeting Text
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Hi everybody, rindu tak rindu tak ( bunyi cengkerik ) Godek-godek blog, last posted haritu 15 Mac. Aduhai, lamenya gua tak update blog. Aduhai, lame sudah tak blogwalking, Aduhai, pem-View pun makin sikit. Aduhai. Eh, Okay stop. Sampai kesudah aduhai aduhai. ( Annoying tahu tak annoying ) Okay, post kali nie nak cerighter pasal Hati? Hati ape tu? Adakah cinta? Ehhhh, Okay, tukar persepsi korang. Hati mean hati kite lah. Hati yang telah Allah wujudkan bagi setiap manusia. Okay jom check it out macamana nak rawat/bersihkan hati kita ini. Jom kawan kawan :-) 

1.Hati dicuci dengan rasa penyesalan, menyesal daripada pelbagai kesalahan dan kerana meninggalkan kebaikan. Terdetik satu cerighter, Sayyidina Umar Bin Khattab r.a memiliki kebun kurma di Madinah. Pohon-pohon kurmanya berbuah dengan kualiti yang baik sekali. Alangkah bahagianya hati Umar memiliki kebun tersebut. Beliau seringkali berjalan mengelilingi dan memeriksa pekebunannya. Di dalam kebun itu juga terdapat satu sumber air. Suatu hari ketika Umar pulang dari kebunnya, beliau terjumpa dengan para sahabat lalu berjalan bersamanya. Umar bertanya : "Dari manakah kalian?" Jawab para sahabat: "Kami baru pulang daripada berjemaah Asar." Dengan segera Umar berucap "Inna lilahi wa inna ilaihi rojiun." Jadi kalian tadi habis berjemaah Asar? Masya-Allah, saksikanlah para sahabat. Aku ketinggalan berjemaah kerana kebun kurma ini. Maka kebun ini aku wakafkan kepada fakir miskin." Inilah contoh yang harus kita teladani dalam hal penyelesaian meninggalkan satu ibadah kebaikan.

Bacaan taroji' : Inna ililahi wa inna ilaihi rojiun merupakan ungkapan ketika seseorang yang berhadapan dengan cubaan dan musibah. Jadi suburnya kebun san sumber air bagi Umar tidak lain hanyalah cubaan yang menimpakan dirinya. Dan kalimat ini juga menunjukkan betapa penyesalan luar biasa daripada beliau akibat ketinggalan Solat Asar berjemaah. 

2.Hati harus dicuci dengan taubat (taubat nasuha) - iaitu dengan bersungguh-sungguh dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi. Jika perlu taubat itu disertai dengan puasa tiga hari sebagai bukti kesungguhan, selain membiasakan solat malam. 

3.Hati harus dicuci dengan menjauhkan diri daripada sukakan kekuasaan (hubbur riyasah). Sesungguhnya kekuasaan sering menyibukkan manusia dan memalingkannya daripada Allah yang Maha Kuasa. 

4.Hati harus dicuci dengan meninggalkan perasaan suka dipuji (hubbul mahmadah) pujian seringkaali menenggelamkan manusia dalam sifat ke Anggkuhan yang mengakibatkan kesombongan yang luar biasa.

5.Baiknya hati dicuci daripada dendam, Melupakan dan meninggalkan dendam kesumat secara automatik akan memberi seseorang itu ketabahan dan kesabaran menghadapi cubaan dan rasa sakit daripada orang lain.

6.Baiknya hati dicucui dengan meninggalkan hasad dengki yang sudah pastinya sangat berbahaya. Bahaya hasad dengki adalah seperti bahayanya api yang dengan cepat membakar kayu. Hatim memceritakan pula bagaimana cara beliau melaksanakan solat dengan kata-katanya: "Ketika memulakan solat, aku merasa Kaabah dihadapan ku, syurga dikanan ku, neraka dikiri ku, sirata mustaqim di telapak kakiku dan Izrail telah menunggu di belakangku yang siap sedia mencabut nyawa." Ini lah yang dikatakan Qashrul amal (pendek angan-angan) iaitu semangat yang mampu mendorong untuk meningkatkan kualiti ibadat.
Mega ( Utusan Malaysia 21/3/13) 

Okay Jom kawan kawan kite renovate hati kita, biar rasa ketenangan dan kemanisan dalam beriman kepada Allah s.w.t, Alhamdulillah, setakat ini sahaja perkongsian pada entry ini. Hah! Kejap, doakan untuk final exam gua 22/4 nie. Hihihi Semoga Allah mempermudahkan urusan ku. Amin Ya Rabb, Assalamualaikum.     


1 comment:

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?