Sunday 28 July 2013

19 Ramadhan.

Greeting Text
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah harinie dah Ramadhan yang ke 19. Yeay! Pejam celik pejam celik dah nak cukup 20 Ramadhan. Allah kejap sungguh. Alhamdulillah nak raya. Ya Allah kau sempatkan lah aku untuk berjumpa dengan Hari Raya Aidilfitri umtuk tahun 2013 ini. Yelah ajal maut semua kat tangan Allah swt. Kita mana tahu tup tup esok aku dah takda ke. Ini merupakan entry terakhir lah nampaknya. InsyaAllah tak. Hehehehe

Banyak sebenarnya benda-benda yang terjadi selama aku tak update blog nie. Rasenya macam tak payah nak kongsi semua kat readers blog. Cukup hanya Allah dan keluarga sahaja yang tahu. Alhamdulillah lah semakin tembam duk umah nie. Haihi asyik makan je kerja nye. Hehe Takpe start nak belajar nanti kita kurangkan makan ye. Hehehe

Bercakap mengenai topik 'sambung belajar' Hmm Alhamdulillah dapat sambung belajar ke peringkat degree. Tapi bukan dalam bidang accountant. Huwaa sedih gila. Rase nak ulang balik kat matrikulasi. Haihi nyesal pulak tak ikut Dada stay up sampai 2-3 pagi. Nyesal jadi orang yang tidur awal dalam bilik. Heheh Tapi syukur, Walaupun dalam bidang lain. Still dalam bidang yang aku minat. Sumpah tak sangka betul dapat bidang nie. Dari spm kot aku apply, last-last time nak sambung degree dapat! Yeay! Sesungguhnya Allah tahu ape yang terbaik untuk kita. Dia lambatkan permintaan kita supaya kita sabar denganNya. Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah

Sambung degree nanti kat Pulau Pinang. (Nanges) Jauh kan kan kan. Aku duk johor weh, Muar Johor. Nak pi penang tu rase macam berat sangat. First memang tak leh aa nak balik rumah selalu macam kat Matrik dulu. Second Jauh dengan parents. Hmm aku nie dah lah jenis homesick. Isk Isk rindu mak nanti. Isk isk, jahat betul letak aku jejauh ke utara sana. Cis! Takpe akan ku gapai impian ku selama ini. Aminn

'Dapat course ape?'

Hhaa mesti tertanya-tanye kanz. Aku dapat course Pengurusan Seni Kulinari. Terkejut tak terkejut tak. Kalau tak terkejut buat buat terkejut pls. Heheh Ya! Aku dapat Seni Kulinari. Ya! Aku nak jadi chef Ya! Aku nak belajar masak sedap-sedap. Ya! Aku nak belajar buat Kek paling sedap Ya! Aku nak bukak Bakery! Al-Maklum, Kedai kek orang Melayu kat tempat aku nie ade satu je. Tu pasal nak bukak lagi satu. Kedai aku. Nong's Bakery (Pakai Topi chef, sambil tabik hormat) Ceh, Aminn doakan ye semua. 

Semua orang ada cita-cita. So sekarang aku kena tukar cita-cita. Masa sekolah rendah banyak betul cita-cita aku. Nak jadi Peguam, Cikgu, Pramugari. Ceh pramugari tu. Hehe Masa sekolah menengah tukar pulak cita-cita nak jadi businesswoman, nak jadi Cikgu Fizik. Ewah, setakat sekolah menengah memang tak terfikir langsung nak jadi doktor. Memang pekerjaan doktor dengan aku memang tak leh nak ngam. Hehe Start Matrikulasi pulak nak jadi accountant yang bertauliah. Last-last dapat sambung degree dalam Kulinari. Alhamdulillah Syukur. So cita-cita sekarang nak jadi chef yang berjaya. Nak bukak Bakery siap dengan cawangan dalam seluruh Malaysia. Amin amin InsyaAllah suatu hari nanti. Doakan ye. 

Aku kalau dah bab berangan-angan nie memang No 1. Korang layankan lah angan-angan aku nie. Semoga tak jadi angan-angan Mak jenin sudah. Heheheh  Ok Ok Ok sudah sudah Jom kita Solat dulu yok. Semoga berjumpa dengan Malam Lailatur Qadar my readers! Wsalam wbt :-)

   

   

4 comments:

  1. fuyoo jauh dari bidang yg dulu kan. sbnrnya best tau dok jauh ni, tp yg myedihkan jauh dr fmly kn. xpa nanti dah lama2 dok sana nanti msti akn rasa best hehe. gudluck !

    ReplyDelete
  2. biar dlm apa2 pun bidang kita bljr..yang penting semangat nak belajar tu..gud luck..all the best... :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dari follower baru awak. Hai saya orang Batu Pahat. Hehe kecil je dunia ni kan tak sangka jumpa orang Muar :) By the way jangan nanes2 dpt jauh2, sy lagi jauh, Sarawak haha

    ReplyDelete
  4. Huwaaaaa Nanges Nanges Nangessssssss. Heheheh Thanks semua sudi komen sini.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?