Monday 9 September 2013

Uitm dihatiku

Greeting Text

View from Bukit Bendera

Love

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah perjalanan ke dari Muar Johor ke Pulau Pinang berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulillah, takda ape-ape yang terjadi. Alhamdulillah haritu gerak Hari jumaat 30/8/2013 dan Selamat tiba di Homestay Taman Sutera Seberang Perai pada 31/8/2013 pagi. Alhamdulillah, petang tu sempat pergi Bukit Bendera, naik cable, makan pasembur dan sebagainya. Ya memang pengalaman manis yang takkan aku lupakan. Hmm rindunya kat mak, ayah, adik-adik semua. Okay-okay harinie taknak nanges. Saya Okay saya dah besar. Lets back to the topic.

 
 
 
 

Hi miss me? Hehehe Okay, Alhamdulillah dah 10 Hari kat Uitm Pulau Pinang, Permatang pauh nie. Minggu Destini Siswa/i (MDS) pun dah habis. Memang minggu penyeksaan dan penderitaan bagi pelajar-pelajar baru. Seriously, So jangan lah masuk uitm nie, Lecehhh. Haha Okay harinie hari Selasa. Dah start kuliah dah, setakat sekarang jadual not bad. Ade yang kosong ada yang full. So untuk Pelajar fakulti Perhotelan dan Perlancongan course Culinary arts memang banyak free kot. InsyaAllah. 

So setakat sekarang. Masih belum dapat menyesuaikan diri di Pulau Pinang. Masih belum okay, kat Peneng nie, cuaca lain macam sikit. Kalau hujan, hujan memanjang. Lebat pulak tu. Kalau panas, panas terik. So mampu bersyukur dengan cuaca sekeliling. So semua student sentiasa mesti ada payung dalam beg. Kalau tak kau redah jela, walau ape halangan pun. Hihihi 

Cakap pasal kawan. Alhamdulillah, bukan nak cakap takda, tapi ade lah jugak untuk dibawa berborak. Roomate sekarang, okay je. Cume first-first nie biasalah, taring belum muncul lagi. Roomate aku ada 4 orang termasuk aku. Sorang dari Kajang, sorang selangor dan sorang sabah ya bah. Hahaha Okay, yang sabah tu Nama dia Atiqah dak dari stpm. Kat sini dia ambik Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Operasi). Yang duk kajang tu, ambik mekenikal enginering, nama dia Adilah.Yang duduk selangor tu, Zu Ain, kitaorang panggil Ain je, dia sama course cam dak sabah tu iaitu Pengurusan Operasi. 

Okay untuk fakuti Pengurusan Perniagaan. Kat Uitm Pulau Pinang takdak lagi bangunan yang khusus untuk course diaorang. So, dak dak business nie memang hari-hari kena bangun awal untuk ke Uitm Balik Pulau ataupun Bertam. Hihi kesian lah ek. So korang takyah ambik business okay? Nak ambik pun jangan lah kat Uitm Pulau Pinang. Haha menghasut.

Cakap pasal classmate. Kelas aku HM245/A1 dak kelas A1 weh, Okay lah. 1 kelas 7-9 orang gitu. Tapi time lect kena campur dengan dak HM245/A2 so meriah lah kelas tu. Hmm as usual, gua akan jadi budak yang pendiam, yang innocent dalam kelas. Hahah Dak skeme lah nampaknya. Lek lek dulu, baru lah gua akan boom. Haha lek aa baru nak masuk Semester 1 kot. Hihihi


So inilah cerita diminggu minggu pertama di Uitm Pulau Pinang. Jadi dak junior balik. Senior pandang macam nak telan je haa. Biasa aa, adat aa kan jadi dak junior nie. Lek lek tunggu sampai Sem 4/5 gua pulak lah senior. So setakat ini sahaja lah entry aku. Harinie patutnya kelas sampai kul 11.50 tapi lect baik hati bagi keluar pukul 10.30pg plus petang takda kelas. Fuyo best gila lect nie, sempoi habis. Gua sebenarnya tak sabar nak masuk kelas Lect Chef Kamarul. Fuyoo korang kenal dak? Tak kenal pegi lah search. Hehe Okay bye Assalamualaikum wbt. Doakan agar segala urusan aku disini dipermudahkan olehnya. Amin Ya Robbal Alaminn. Lets break a leg!

p/s ; Hari-hari homesick. Seriously, kalau rumah dekat dah lama aku balik (Nangess!!!!!!!)

Next entry >> Adibah Noor selalu buat orang terkejut. Baca di SINI 


3 comments:

  1. semoga kita berjaya ke menara gading..amin!!!

    ReplyDelete
  2. Jemput join segmen saya.

    http://penat-menaip.blogspot.com/2013/09/segmen-follow-me-by-salamah-ishak.html

    ReplyDelete
  3. mane tak homesick dik, jauh sangt kampungnye. Haha. jangan marah.http://teserasats.blogspot.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?