Wednesday 5 February 2014

Aku dan Pineng.

Greeting Text  


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Entry lepas aku ada cakap kan nak review pasal Powerbank pineng? Hiks As you know, im the one of trusted seller of powerbank pineng. No doubt, So apa lagi. Aku tak sempat lagi nak review kat sini. So harini macam masa yang sesuai je? Eh Hehehe

Okay okay okay. Dulu aku tak berapa nak tahu sangat pasal powerbank ni. Ilmu aku pasal powerbank zero. Kuno gila, aku start pun lepas matrik. Aku survey sana sini. Aku survey seller yang jual powerbank murah murah. Start situ aku tak kenal lagi powerbank pineng. Aku start dengan xxpowerbank (nama brand dirahsiakan) Aku start dengan xxpowerbank raya 2013. Fuh masa tu rasa macam payah sangat. Banyak sangat dugaan yang aku lalui (poyo) Layan kerenah cus yang banyak songgeh, yang tak sabar. And whatsoever. Macam-macam. Rase mcam dah give up sangat.

So nak dipendekkan cerita. I start kenal pineng dari Faiz Ibrahim? Kenal? Tak kenal pegi ke En Google. Mungkin dia boleh membantu. Aku start dari situ. Aku bukak video dia, aku bace semua testimoni dia. Aku bace blog dia. Semuanya lah. Takda satu pun yang miss. Oh aku lupa, aku siap pm dia kat fb nak beli. Tpi haram tak balas. Hahahahahahah Ok Powerbank Dari TFi memang mahal sikit. Sebab yela maybe dah dapat tmpat kat hati penguna.

Start situ, aku mula kumpul duit. And nak beli powerbank dari dia. Aku penah miss sebab website dia stuck ramai sangat pembeli. -.- Lepas tu aku pasrah. Aku cakap dalam hati. Jangan nak berharap sangat. So aku continue dengan cari seller seller dekat majalah.com which is provide dropshipper. Hah gitu. Aku jumpe satu seller. Akk Ira, aku start contact dia dekat whatspp. Aku tanya semuanya. Aku mula belajar kenal Si Pineng nie. Dari situ aku tak guna and tak beli lagi powerbank. Sebab takdaq duit lagi. So aku decide untuk jadi agen dropship di je. Senang.

Mula mula start jual. Aku jual murah sangat. Untung takat rm5 untuk satu powerbank. Aku cakap dalam hati lagi. Takpe untung sikit, lama lama nnti jadi lah bukit. Kita hidup nie jangan nak membebankan orang. Kesian. Haa gitu. First jual aku dapat jual 5 unit. Cuba lah darab untung aku berapa. Sikit kan? Aku tak ambil untung banyak sangat. Sebab aku kesian.

So stock Kak Ira dah makin kurang. Aku decide nak cari another seller. Aku google. Alhamdulillah dapat satu. Bro Poji. tapi dia nie awal awal jual mahal sikit. so aku terpaksa lah naikkan harga. Lepas 2-3 bulan mula kurang kan harga. lagi murah dari Kak Ira. Hihihi. So aku jadi agen tetap dia. Maknanya sekarang aku ada 2 orang seller. Yela nak back up kalau cus nak powerbank. Hehe

Dah jumpa seller yang kedua, barulah aku dapat guna powerbank pineng. Dapat pegang, dapat rasa fizikal powerbank pineng. Dan try, memang terbaik Weh. Serius aku cakap betul!

Sebab aku ada pengalaman. Aku beli xxpowerbank dekat online shop. Harga rm58 kot kalau tak silap. 20000mah. Haa kalau kau pun dapat harga tu mesti iman kau goncang kan. So aku beli lah. Tak sampai sebulan. Confirm cable usb dia rosak. Sakit pulak hati. That cable the only one yang connect pb ke chager and pb ke hp. Haa tak provide charger untuk powerbank. Rase macam menyesalnya beli. Ha ha ha So bila dah beli pineng rase macam nak letgo xxpowerbank tu. Hiks.

Aku dah guna pb pineng hampir 5 bulan. Pb still nampak baru. Sebab i punya warna gold. Tu yang nampak macam bongkah emas. Hihihi dah jatuh bape kali kot. Still okay. Aku pakai hp rebat. Ala skim rebet tu. Hp alcatel. And it suitable apa. Boleh cas around 5 times. Lepas aku guna sendiri pb nie aku sendiri jadi testimoni untuk ig shop aku. Which is @untuksemua_ tapi sekarang dah bertukar ke @ulalaistore with some reason.

Lepas dah tahu kualiti powerbank pineng. Aku start spread dekat classmate aku kat uitm. Aku promote gitu gitu. Tak semua tahu. Diaorang cakap mahal sangat. Mah sikit tapi mahal. Ha kat sini aku tak berapa faham sangat. Sebab hp diorang mahal mahal. S3 mini, Iphone, S2 and etc. tapi taknak beli pb yang berkualiti. Seriuss aaa. buat apa beli yang murah kalau tu rosakkan hp korang? So aku decide untuk diam. Aku biarkan diorng beli pb yang beli satu percuma satu kat pc fair. Aku diam, at the end aku dah strt senyum bila diorang cakap pb tu tak boleh cas banyak kali. Aku senyum dan senyum.

So, get it? Faham apa yang aku cuba sampaikan. Hehe Banyak sebenarnya kelebihan powerbank pineng. Nnti aku cita lagi.  Hahah Jap macam dah lari tajuk? Okay takpe tukar title. Aku review next time eh. Sebab panjang berjeler. Hihi Bye Asslam




 

1 comment:

  1. Ouh. Ingatkan pineng tu Pulau Pinang. Rupa2 nya powerbank.hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?