Thursday 6 June 2013

Salam Jumaat

Greeting Text

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah harinie 7 Jun 2013 bersamaan 28 rejab 1434. Yeay dah nak puasa. Tak sabarnya nak berpuasa untuk tahun 2013 nie. InsyaAllah kalau di izin kan oleh Allah. Tahun nie puasa kat rumah. Tahun lepas puasa kat Matrik. Ohh rindunya time tu. Rindunya nak berbuka puasa dengan roomate tercinta iaitu Alia dan Aida. Bulan puasa lah bulan yang paling save dekat matrik. Satu hari tak lebih RM5.00 air buat sendiri, beli ais. Makanan beli untuk 3 orang. Kuih sikit 2 jenis baru RM2.00 je Hohoho memang save gila! Oh rindunya. Okay stop lah cerita pasal bulan puasa. Makin excited pulak nie. Hehe

Okay matlamat entry harinie nak tulis pasal bersyukur. Alhamdulillah tepat pukul 12pm semalam result matrik dah serta mertanya keluar. Dan waktu tu kalau nak rase menyesal tak buat betul betul masa last paper 10hb haritu dah terlambat. (Me) Cuma boleh tawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Result saya? Hehehehehehehheheheheheheheheheheh. Ade ler. Malu ler kalau nak ceritakan disini. Alhamdulillah meningkat dari Semester 1 tu je yang boleh saya cakap. Norfarhanah nie takdalah hebat mana. Tapi syukur kepada Allah atas result yang Engkau berikan.

Even dapat pointer 3.0 pun kena bersyukur. 3.90 pun kena bersyukur walaupun nak dekat 4flat. Jangan lah terdetik dalam hati. "Cis lagi berapa point je, Cis" Tak baik tau Bersyukur Alhamdulillah. Rasa Bersyukur atau rasa terima kasih ialah perasaan atau sikap positif menghargai faedah atau nikmat yang telah atau akan diterima dan ke atas segala nikmat yang dikurniakannya. Haa nampak tak perasaan bersyukur tu sebenarnya indah. Ia juga mendidik hati kita apabila menerima seseuatu yang kecil dan terus berkata "Alhamdulillah" 

Kalau nak cerita pasal term bersyukur nie memang takkan habis. Ingat lagi tak cerita yang pernah saya kongsikan di dalam blog ini? Kisah Nor? Kalau tak ingat jom kita bace Kisah Nor tu. Kat sini ye Nor. Kisah Nur tu sebenarnya kisah aku. Yup kisah sebenar. Dan ini lah pengakhirannya. Alhamdulillah Ujian Allah tu sungguh dahsyat. Tapi Allah takkan timpa kan ujian kepada umatNya yang tak mampu nak tanggung ujian tersebut dan Alhamdulillah aku bersyukur keatas Nikmat dan segala pemberianNya kepada aku. Alhamdulillah, dari terjadinya benda tu aku dah mula sedar. Yang Allah plan baik untuk kita. Semua yang Allah jadikan/berlaku ada hikmahnya. So kita kena bersangka baik dengan Allah. Tak rugi pun semua tu. 

Lagi sweet kalau kita sentiasa bersabar dengan Allah. Tak rugi pun kalau bersabar dengan Allah. Hehe Jum ubah tanggapan kita pada Allah swt. Allah tu sweet sangat! Okay lah sampai sini sahajalah entry di petang jumaat yang barakah nie. Assalamualaikum Salam sayang. Bye :-)



2 comments:

  1. sedap ayat ain tu~ man jadda wa jadda~ hhehe

    ReplyDelete
  2. tahniah! selamat menjejaki alam universiti nnt. *wish awal2* ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?