Sunday 6 October 2013

Lelaki ----

Greeting Text

Kau fikir kau siapa
Cinta ini kau buang saja
Ku tak perlukan memori
Dan kau tak perlu kembali

Lelaki lelaki
Tak guna tak guna tak guna
Ooooohhh

 Lelaki? Huuh, Topik yang menarik,
bagi aku.
Sepanjang aku hidup 19 Tahun lebih nie,
Macam-macam perangai Lelaki aku jumpa.
And yes
Yang soleh, yang sengal, yang terejal, yang suka buat bising,
 dan paling penting yang handsome  
Alah, come on. 
Macam korang tak pernah rase ape yang aku rase.
Eh?
Rase ape? Entah, 
Cinta monyet?
Ala, dah biasa
Orang yang bertopengkan Monyet yang bercinta,
 memang akan rase dunia ni diaorang yang punye.
Tipu, kalau aku cakap aku tak pernah rase,
Gulp,
Sekadar untuk pengalaman,
Pengalaman yg akan dikongsi kepada anak-anak nanti?
(Senyum gatal)
Muahahah
Leklu,
Cinta Long distance tu dah biasa,
Tapi sekarang menyesal.
Sungguh! Tak tipu,
SANGAT
Bila fikir balik, 
Banyak dosa aku, dosa-dosa lama dahulu
Dosa yang tak pernah aku fikir yang aku akan buat dosa yang macam tu.
Faham?
Takpe, aku taknak bukak aib sendiri.
Dan sekarang, aku tak pasti
Sama ada Allah dah ampun kan aku atau tidak.
Mohon doa banyak-banyak. 
Kadang, kita tak terfikir
Yang kita mudah sangat nak buat dosa mahupun kecik@besar
Nak buat pahala, macam rasa berat /susah sangat.
Haa tu syaiton.
Syaiton yang tak pernah nak berhenti kacau keturunan Adam
Tapi, kita semua manusia biasa
Takkan terlepas dari kesalahan
Ayat tu selalu aku dengo, dah bosan.
Kita tukar sikit,
Kita semua manusia biasa, takkan terlepas dari godaan duniawi.
Cun! 
Berbalik pada topik,
Sekarang ramai lelaki yang bertopengkan iblis
Hahahah maaf cakap,
Okay certain, tak semua
1/4 daripadanya.
Sekarang dah 2013, 
Mcam-macam cerita 
And kita as human dah rase macam benda tu dah biasa.
"budak darjah 4 dah pandai dress up, lepak dengan pakwe kat mall"
Perghhhhhhhhhhhh!
Bag hang die lah. Caya lah dik!
Gua nak belajar lah dari lu.
Kat sini aku tak faham.
Mane pergi mak ayah dia?
Ohh parent sekarang, 
Lagi pentingkan duit dari anak.
Absolutely true.
Itu pendapat aku. Jangan hentam
Dunia,
Dunia dah tua, tak lama lagi akan musnah.
Musnah, hancur dan berkecai.
Back to the topic
 Aku kenal sorang laki. Tapi sekarang dah lost contact.
Sedih
Lelaki nie aku respect gila. 
Sebab kalau part bercinta nie,
Dia memang serius Tahap nak mati.
 Takda main-main
Dan kadang terover. 
Naik menyampah aku. 
Sekarang dah ada buah hati.
Tahniah bro.
Kahwin nanti, jangan jemput aku.
Tu pasti.
Aku sayang dia. 
Masih
Tapi nak buat macamana,
Orang tua cakap, Takda jodoh
   (Poyo)
 Lepas nie, nak suruh mak aku je carikan
InsyaAllah nak yang soleh. 
"Nak yang soleh, tapi kau taknak jadi solehah"
Sentap
Ok mak, Ok mak. Doakan je lah anakmu ini. 
Haippp! Gatal!
Habiskan belajo dulu!
Pelajaran penting!
Ingat sampai mati.
Tak kahwin takpe, asal dapat banggakan ibu bapa
Sayang mak ayah.
Jangan risau, Yang mane yang masih single lagi,
Macam aku,
Kita fokus matlamat diri dulu okay?
Tak yah nak bercinta lagi.
Nanti apepun tak jadi. 
Allah ada,
Allah dah plan baik punye untuk kita.
Ye memang sekarang bilangan lelaki lagi ramai dari perempuan,
Ala jadi bini No 2,3,4 pun okay gak en.
Hahahahahahaha Aku gurau.
Jangan sedih
Jangan rase forever alone
Jangan rase cemburu bila tengok kawan kau dok otp dengan pakwe.
Jangan nangis tiba-tiba
Jangan ingat kisah lalu.
Tu peringatan untuk diri aku sendiri.
Tu perasaan yang aku rase. 
Kekadang benci dengan diri sendiri,
Rase nak tampo diri sendiri
Betul, tak tipu.
Cara  aku nak kawal semua tu.
Solat jngan tinggal/Doa banyak-banyak kat Allah
Selalu ingat kat Allah swt.
Sentiasa sibukkan diri dengan aktiviti.
Tu penting.
Moga Allah pelihara aku.
Amin
Macam dah lari topik je kan? 
Bantai!
Assalamualaikum
   


1 comment:

  1. suka gila lagu lelaki tak guna tu . . hehe tak pe perancangan allah tu yang terbaik . . sabar dan tunggu je keyh syg ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?