Friday 4 October 2013

Muhasabah dengan tenang.

Greeting Text


"Samsung Note, Tabs, Iphone, Ipad, Smartphone, DSLR, beg branded, kasut mahal, baju cantik"

Maaf, aku tak tergolong dikalangan orang-orang yang 'berada'

Bukan mahu menindas orang yang menggunakannya, Tapi................. (Fikir)

Alhamdulillah, Syukur. 

Aku bersyukur, sebab aku tak di didik dengan benda itu.

Aku bersyukur dengan semua yang aku dapat harinie. 

Mak ayah aku bukan orang berada mahupun bukan orang yang tak berada.

Kami sederhana

Tapi, tipu kalau aku takda keinginan untuk memiliki semua yang diatas.

Aku masih waras, aku juga punye impian,

Impian aku nak berjaya, dan buat mak ayah aku bangga sebab ade anak macam aku.

MESTI. Tu impian aku, dan InsyaAllah, impian tu akan ku capai dalam masa 3-5 Tahun akan datang.

Doakan aku, doakan aku agar dapat berbuat demikan terhadap mak ayah ku,

Ini cerita aku,

Alhamdulillah, aku dan adik-beradik sempat belajar di Sekolah.

Aku dan abang aku sempat merasa belajar di Matrik, dan sekarang kami di Uitm

Tapi kami bukan the best student, bukan pelajar cemerlang yang selalu mak ayah impikan,

Untuk yang itu, beribu kali maaf untuk mak dan ayah,

Yang aku nak, aku nak adik-adik aku lagi bagus dari aku. Ye tu mesti,

Kalau boleh aku nak adik aku jadi doktor, 

Seriously, tu impian mak aku,

Nak ada seorang anak yang jadi doktor.

Kalau aku, memang tak. Sebab aku tak suka benda-benda macam nie. 

Maaf,
    
Alhamdulillah Ya Allah Terima Kasih diatas semua rezekiMu.

Aku masih ade kesempatan untuk belajar menimba ilmu

Aku masih ade peluang untuk merasai kehidupan di Universiti

Aku masih ada peluang untuk mengenali orang orang dari negeri lain,

Aku pasti takkan lepaskan peluang ini!

Sebab ape aku masih ada peluang itu?

Sebab mak ayah aku, YA

Kalau bukan mak ayah aku yang bertungkus lumus, kerja siang malam

Aku mungkin takda kat sini. Aku mungkin hanya penganggur yang berkelayakan SPM/PMR

So, sekarang giliran kau? Kau? Ye kau?

Kau tak bersyukur dengan keadaan kau sekarang?

Cuba muhasabah balik, check iman, check hubungan dengan Allah.

Mungkin kau terlalu lalai dengan duniawi? Mungkin kau lagi pentingkan duniawi?

Itu aku tak pasti,

Jangan...., jangan begitu. Silap-silap, di akhirat nanti Allah mungkin akan turut lupa akan kau.

Lupa nak hisab amalan kau, Mungkin amalan kau sikit

Nauzibillah min zalik, Mohon dijauhkan. :'c

Mohon renung balik diri ini. 

Aku hamba Allah, ape yang patut atau tanggungjawab yang aku patut lakukan kepada-Nya?

Sepanjang hidupku, apakah amalan aku terima oleh yang Maha Esa?

Apa tanggungjawab aku seorang pelajar?

Apa sebenarnya tanggung jawab aku sebagai seorang anak?

Adakah, sekadar ingin jadi seorang anak yang hanya tahu meminta ape sahaja yang dinginkan?

Kau silap, kau ingat mak ayah kau cap duit. 

Yang boleh bagi apa sahaja yang kau mahukan?

Cubalah ada perasaan kasihan terhadap ibu dan bapa kau.

Mungkin, kita tak rase semua tu. Tapi kita bakal rase semua tu. Kita bakal ada anak.

Cuba kau fikir, anak kau yang setahun jagung dah mintak yang bukan-bukan,

Macam yang kau mintak kat mak ayah kau.

Mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi kan?

So, this is karma Allah swt,

Ape yang kau buat, kau akan dapat balik. As soon as possible. 

For the conclusion, aku perlu bersyukur for everything. 

Hasil dari lubuk hati aku sendiri, 

 

1 comment:

  1. Setuju dengan akak :)

    Btw, jemput join GA Lia kalau xkeberatan yer :)
    http://najaha-abdillah.blogspot.com/2013/09/duo-giveaway-by-amilia.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?