Friday 31 January 2014

Puas hati!

Greeting Text
Assalamualaikum wbt uols semua. Hihihihi harinie excited terlebih. Hehehe Okay harinie nak share something. Share resepi lah kononnya. Okay jap #resepibyNongmmel Kot kalau awak semua try resepi nie. Sila buat hashtag cenggitu ye? Okay cun.

Hahahahahahahahaha mintak tampo diri ini kejap.

Okay dah jom kita fokus dengan apa yang aku cuba nak kongsi harini. This is my first try k! Resepi? Google je. Aku lupa blog dia. Alalala sorry lah ye tak kreditt kat awak. Huhu

"Cake apa yang engkau cuba nak kongsikan farhanah? Dari tadi kami dok menunggu"

Hahah! Okay harini nak kongsikan Rainbow Cake atau Kek Pelangi. Tapi bukan kek pelangi yang warna warni tu eh. Eh apa aku cakap nie. Ah! Follow je lah apa yang aku nak sampaikan. Sebelum tu mari tengok gambar mari.



Get it? Hah! kek nie lah cuba aku sampaikan. Hahah Okay jom tengok bahan bahannya. Nak belajo kan? Nak pandaikan? Nak buat kek untuk future zauj kan? Taknak beli kat kedai Kan kan hah mari belajar. Tak lama

Bahan-bahan :
3 cawan tepung naik sendiri (Cap blue key)
1 pek butter cup @ 250gm butter cup
5 biji telur
1 1/2 cawan susu segar @ susu cair
secubit garam halus
2 sudu esen vanilla
Pewarna ( merah, biru, kuning, hijau)

Untuk topping antara layer.
1 pek cream cheese
1 cawan gula aising
1/2 cawan butter

P/s : kalau taknak manis sangat. Boleh kurangkan kuantiti gula untuk kek dan topping mengikut cita rasa korang.

Cara - caranya :
1) Panaskan oven dalam 170'c
2) Tepung + garam (ayak sekali)
3) Butter + gula (pukul sampai kembang dan putih) 10-15 min cenggitu
4) Then masukkan telur. (drop by drop, jangan masuk 5 biji terus!)
5) Esen vanilla jangan lupa
6) Then masukkan bahan 1 (tepung + garam) and selang selikan dengan susu
7) Bahagikan. Macam aku aku bahagikan 5 warna. Which are pink, blue, hijau, kuning and unggu. Nak dapat unggu bukan beli perisa keladi tu eh! kita campurkan pink and blue. Sikit sikit takut pekat sangat.
8) Then bakar satu satu. 170'c (15-20min)
9) Nak membakar satu satu layer tu memang mencabar lah sikit. Banyak ambik masa. Sementara tu, kita buat topping ok?

Cara produce topping antara kek tu.
- Cream cheese + gula + butter
(Pukul sampai kembang ok? Kalau taknak bau butter boleh kurangkan butter)


And after dah siap semua. Boleh lah start mentopping. And nie part yang paling aku suka. Decorate kek! I very very love this part. Hehehe

1) Letak Kek layer warna unggu + Topping + Kek layer warna biru + topping + Kek layer warna hijau + topping + Kek layer warna kuning + topping + Kek layer warna pink + topping + Kek layer warna unggu (yang nie aku bahagi dua, satu untuk top and bottom)

Ps ; Nak susun ikut cita rasa korang pun boleh

Then kalau ada lebihan topping tu. Letaklah kat atas sekali. Penuhkan keliling tu. Aku buat haritu memang tak cukup lah kalau nak cover the whole cake.

Cara aku,

Lepas habis letak cream cheese topping tu. Kau masukkan dalam peti ais kejap. Bagi keras kan kejap cream cheese tu. Sementara tu, Boleh buat cream lain. Aku guna Topping ace. Engkorang beli je, banyak je kat bakery shop tu. Tapi agak mahal sikit. Mahal tapi boleh guna untuk 3 cake. Benda tu dah manis. Korang cuma kena pukul sanpai kembang and betul2 jadi cream. Smooth gitu. Jngan pukul lama sangat. Takut tak jadi. Hehe.

Then lepas dah siap, boleh pi lumoq cream tu kat kek tadi. Makesure, cream cheese tu dah keras sikit. Sebab taknak dia campur dengan the other cream jadi tak lawa pulak. Then siap lah! Decorate betul betul tau. Bagi rata betul betul. Biar kek kita tu boleh tarik hati insan tersayang. Aceh

Then kalau nak letak hiasan ke ikut suka lah. Tapi bagi aku. Just putih je dah cukup cantik. Putih kan suci. Gitu Then masuk dalam peti ais. Esok baru potong tau! Jangan terus potong. Hihi sabar sabar. Selamat mencuba guys! Kalau dah cuba tu tunjuk lah kat aku. Hiks bye selamat mencuba! :)

Oh btw,siapa yang nak sponsor untuk giveaway aku boleh pm aku ye? Entry nye kat sini Giveaway datang lagi dan lagi

#ResipiByNongmmel



2 comments:

  1. Bab buat kek ni mmg zara failed abess.. tp kalo jadik sukarelawan ntuk teest.. paling cpt angkat tgn ! Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Try lah buat best tau buat kek nie. Hihi

      Delete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?