Sunday 18 August 2013

Tribute to Arwah Nadia Zahari.

Greeting Text

Embedded image permalink

Assalamualaikum, Okay entry nie khas untuk penghormatan kepada Nadia Zahari. Actually aku tak kenal pun arwah nie. Aku dapat tahu pun malam hari jumaat tu. Tu pun through instagram. Orang duk post Al-Fatihah kat post-post arwah. Aku pun sepantas kilat stalker sane sini. Check segala bagai laman sosial. Nak jugak tahu pasal arwah Nadia Zahari. First aku dapat tahu, Aku terkejut (tengok gambar pertunangan kat ig arwah) Aku terkejut sebab, baru je tunang, ajal dah sampai? Rupanya aku salah, first aku memang taktahu yang arwah seorang jurugambar yang sangat berbakat. Rupa-rupanya tu majlis pertunangan kawan baiknya ( Bak + Faz ) Dan start situ, aku terus stalk ke ig kawan arwah (Bak) dan seterusnya Faz dan hasil stalker-lan itu aku jumpe ig Tunang arwah, Syafiq Khairy Mohd Shariff. Last post memang sayu gila gua cakap. Kalau lah aku kat tempat dia? Serious aku cakap memang tak leh nak handle. Memang meroyan lah jawapnya. Paling terkejut hari jumaat aku stalk ig arwah, post was 13hour. Kat tumblr 2 days ago. Peh peh peh, memang dah ajal kan nak buat macamana. Allah lebih sayangkan dia. 

Seterusnya aku meneruskan pencarian dia Google. Aku search tumblr dia, aku search facebook/page dia. Semua aku search, memang arwah super talented. Gambar-gambar kat tumblr semua cantik-cantik. Gambar wedding pun semua cantik, Allah, tak sempat aku nak meminta khimat darinya. Paling aku tersentuh arwah tak sempat nak habiskan post pasal ayat Al-Fatihah di page 'Jom Solat' yang direka sendiri oleh arwah. Page tu baru buat kot. Allah, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.


Nie adalah hasil karya arwah. Post nie, post paling ramai orang share. Allah, arwah meningatkan para hawa untuk menutup aurat. Besar sungguh pahala arwah. InsyaAllah arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah untuk arwah Nadia Syazwani Zahari. Dan Takziah untuk Family arwah dan Tunang arwah. Moga tabah menghadapi ujian dari Nya. Amin  
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١) 
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

P/s ; Muka arwah macam Yuna sikit kan kan kan? Maaf kalau ade tersilap kata/salah cerita dalam entry ini. Maaf sangat sangat. Klik sini untuk bace entry lepas ;'c

More Info, Sila ke sini ye  : 1 2 3 4 5

 

4 comments:

  1. Salam takziah untuk beliau. Tekejut jugak time baca news yg photographer tersohor meninggal dunia, xsangka dia.

    Allah lebih sayangkan dia,semoga Syurga utk beliau. Amin.

    ReplyDelete
  2. Allah sygkan dia :/ :( ..btw paan singgah mintak jenguk belog paan sikit komen design baru paan supermonitor99.blogspot.com

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Komen yang baik-baik je ye?